Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​THE DEPUTY CHIEF OF ARMY, AUSTRALIA PAYS A WORKING VISIT TO BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARRISON, Monday, 8 July 2019 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) received a visit from Major General Anthony Rawlins, DSC, MA, Deputy Chief of Army, Australia as part of his working visit to Brunei Darussalam from 8 to 9 July 2019.

During the visit, Major General Anthony Rawlins made a courtesy call to Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the RBLF. During the courtesy call, both highlighted the longstanding relations between the two land forces that are bolstered through the exchange of visits, exercises and courses, and also discussed other avenues of cooperation. 

As part of his visit programme, Major General Anthony Rawlins visited the Second Battalion and Support Battalion, RBLF, where he had the opportunity to view the static display of RBLF assets, as well as, to hold a ‘meet and greet’ session with the RBAF personnel involved in the conduct of Ex MALLE BULL that took place in December 2018.

An official dinner hosted by the Commander of RBLF was also held at Tarindak D’Seni. The dinner was attended by the Chief of Staff, RBLF, senior officers from RBLF Headquarters, as well as Commanding Officers.

Major General Anthony Rawlins was appointed as Deputy Chief of Army on 10 December 2018.




KUNJUNGAN KERJA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Isnin, 8 Julai 2019 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan lawatan kerja daripada Mejar Jeneral Anthony Rawlins, DSC, MA, Deputy Chief of Army, Australia bermula dari 8 hingga 9 Julai 2019.

Semasa lawatan tersebut, Mejar Jeneral Anthony Rawlins membuat kunjungan hormat kepada Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Kedua belah pihak membincangkan tentang kerjasama yang telah lama terjalin dalam hubungan pertahanan dua hala di antara kedua angkatan tentera yang telah dipupuk melalui pertukaran lawatan, eksesais dan latihan tentera, dan juga membincangkan beberapa landasan untuk bekerjasama.

Antara lawatan Timbalan Pemerintah tentera Darat Australia ialah ke Batalion Kedua and Batalion Bantu TDDB, di mana Mejar Jeneral Anthony Rawlins berkesempatan untuk melihat pameran statik aset TDDB dan berjumpa dengan pegawai dan anggota- anggota ABDB yang terlibat dengan Eks MALLEE BULL, yang telah dilaksanakan pada bulan Disember tahun lalu.

Bagi mengalu-alukan kedatangan Mejar Jeneral Anthony Rawlins, Majlis Makan Malam juga telah diadakan di Tarindak D’Seni yang dihoskan oleh Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan Markas TDDB dan Pegawai-Pegawai Pemerintah. 

Mejar Jeneral Anthony Rawlins telah dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Darat Australia pada 10 Disember 2018.

Attachments