Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
KDB DARUTTAQWA ARRIVES IN MYANMAR FOR GOODWILL VISIT

THILAWA PORT, MYANMAR, Tuesday, 19 March 2019 - KDB DARUTTAQWA  arrived at Thilawa Port, the Republic of the Union of Myanmar for a goodwill visit to the country. Present at the welcoming ceremony were Captain Zaw Win, the Commanding Officer Naval Dockyard and representatives from the Myanmar Navy. The officials then proceeded for a ship tour onboard KDB DARUTTAQWA.

The day followed with a courtesy call made by Commander Sonny Iskandar bin Rasani, Royal Brunei Navy (RBN) to His Excellency Maung Maung Soe, the Mayor of Yangon and Commodore Min Thein Tint, Commander of the Ayeyarwady Naval Region Command. In the evening, RBN’s delegation later attended a dinner reception hosted by the Commander Ayeyarwady Naval Region Command at the Area Region Officer’s Mess, Yangon. 

The goodwill visit marks the RBN’s first official visit to the Republic of the Union of Myanmar and also KDB DARUTTAQWA’s first port of call prior to its deployment for the Langkawi International Maritime Aerospace Exhibition (LIMA) 2019. This deployment marks a significant milestone in establishing RBN as a reliable maritime partner in the region on both bilateral and multilateral platforms.






KDB DARUTTAQWA TIBA MYANMAR BAGI LAWATAN MUHIBAH

PELABUHAN THILAWA, MYANMAR, Selasa, 19 Mac 2019 - KDB DARUTTAQWA tiba di Pelabuhan Thilawa, Republik Persatuan Myanmar bagi lawatan muhibah di negara berkenaan. Hadir pada majlis menyambut ketibaan tersebut adalah Kepten Zaw Win, Pegawai Pemerintah Naval Dockyard dan wakil-wakil dari Tentera Laut Myanmar. Jemputan khas kemudian membuat  lawatan ke kapal KDB DARUTTAQWA.

Lawatan tersebut diteruskan lagi dengan kunjungan hormat daripada Komander Sonny Iskandar bin Rasani, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada  Tuan Yang Terutama Maung Maung Soe, Datuk Bandar Yangon dan Komodor Min Thein Tint, Commander of the Ayeyarwady Naval Region Command .

Pada sebelah malam, delegasi daripada TLDB kemudian menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh  Commander of the Ayeyarwady Naval Region Command di Mes Pegawai, Yangon.

Lawatan muhibah tersebut menandakan lawatan rasmi pertama TLDB ke Republik Persatuan Myanmar dan pelabuhan yang pertama sebelum pelayaran deploimen ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019. Deploimen ini menandakan peristiwa penting bagi TLDB sebagai rakan kongsi maritim di rantau ini dalam kedua-dua platform dua hala dan pelbagai hala. 


Attachments