Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​CLOSING CEREMONIES OF EXERCISE MERTAK BERSATU SERIES 11/2018 AND EXERCISE MALBRU SETIA SERIES 14/2018

EAST MALAYSIA, Thursday, 25 October 2018 – The closing ceremony of Exercise Mertak Bersatu series 11/2018 involving the combined participation of Mortar Platoons by three units from RBLF and 3rd Brigade, 5th Brigade and 9th Brigade from the Malaysian Army took place on 24 October 2018 at Lapang Sasar Kota Belud, Sabah.

Present as the guests of honour was Yang Berbahagia General Dato’ Seri Panglima Haji Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Chief of Army, Malaysia Army and Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the RBLF.

A closing ceremony parade was held, where the guests of honour removed the armbands of key personnel involved in the exercises, followed by their deliveries of closing remarks and an exchange of souvenirs. The recital of doa and a photo session with members of the exercise marked the end of the ceremony.

Meanwhile, the closing ceremony of Exercise MALBRU Setia series 14/2018 involving personnel from Company C, Second Battalion of Royal Brunei Land Force (RBLF) and 20th Battalion from Royal Malay Regiment (RMR) also took place on  25 October 2018 at SOP Galasah Farm. The Commander of the RBLF and Chief of Malaysian Army were the guests of honour for the ceremony.

Both exercises allow the integrated deployment of ground troops of both armies to enhance interoperability and to also provide an opportunity to train and improve the skills of military personnel of both countries in the planning and implementation of joint fire support.

Exercise MALBRU Setia is an annual activity where Malaysia and Brunei take turns to host. Exercise Mertak Bersatu is conducted by the Malaysian Army and held every two years in Kota Belud, Sabah.

RBLF will host the next Exercise MALBRU Setia in 2019.




UPACARA PENUTUPAN EKSESAIS MALBRU SETIA SIRI 14/2018 DAN MERTAK BERSATU SIRI 11/2018

MALAYSIA TIMUR, Khamis, 25 Oktober 2018 - Upacara penutupan rasmi Eksesais Mertak Bersatu Siri 11/2018 yang melibatkan gabungan Platun Mertak daripada tiga unit Tentera Darat Diraja brunei (TDDB) dengan gabungan daripada 3 Briged, 5 Briged dan 9 Briged daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) telah dilaksanakan 24 Oktober 2018 di Lapang Sasar Kota Belud, Sabah.

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat bagi upacara tersebut adalah Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Haji Awang Lampoh, Pemerintah TDDB.

Upacara perbarisan penutupan diteruskan dengan perlucutan toha yang disempurnakan oleh tetamu-tetamu kehormat dan seterusnya diikuti dengan penyampaian ucapan dan pertukaran cenderahati di antara Pemerintah TDDB dan Panglima TDM. Upacara diakhiri dengan bacaan doa dan bergambar ramai.

Manakala, upacara penutupan rasmi Eksesais MALBRU Setia Siri 14/2018 yang melibatkan anggota-anggota daripada Kompeni C Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama dengan Batalion 20, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga telah diadakan pada 25 Oktober 2018 bertempat di Ladang SOP Galasah. Pemerintah TDDB dan Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) juga hadir selaku tetamu-tetamu kehormat.

Kedua-dua eksesais ini membolehkan integrasi pergerakan anggota tentera darat bagi meningkatkan lagi tahap interoperabiliti dan juga memberi peluang untuk melatih dan memahirkan anggota tentera kedua-dua negara dalam perancangan dan pelaksanaan bantuan tembakan bersama.

Eksesais MALBRU Setia ialah acara tahunan yang mana Malaysia dan Negara Brunei Darussalam secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah. Manakala, Eksesais Mertak Bersatu merupakan eksesais yang dikendalikan oleh TDM setiap dua tahun sekali di Kota Belud, Sabah.

TDDB seterusnya akan menjadi tuan rumah bagi Eksesais MALBRU Setia pada tahun 2019.

Attachments