Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
AIRGUARD EXERCISE 24/18 OFFICIALLY CLOSES

BUKIT AGOK, Thursday, 11 October 2018 – The closing ceremony of the 24th Exercise AIRGUARD between No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force (18 DA Bn RSAF) was held at Bukit Agok today. The Exercise was held for 12 days from 1 to 12 October 2018.

The guests of honour during the ceremony was Lieutenant Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Commander of Operations Group, RBAirF and Colonel Kenneth Chiong Beng Han, Commander DA Bn RSAF.

Exercise AIRGUARD, which was inaugurated in 1994, presents a valuable platform for the airmen of both air forces to strengthen their close working relationship through sharing of experiences, knowledge and professional exchanges. In addition, the RBAirF and RSAF also interact regularly through other various activities, including visits and courses which have deepened the warm and longstanding relationship between the two air forces.

At the final conclusion of the exercise, the ceremony witnessed a speech from Commander Defence Artillery Group and a handing over ceremony of Exercise AIRGUARD Flag from Commanding Officer No. 2 Wing, Operations Group RBAirF to Commanding Officer of 18 DA Bn RSAF as a symbol of handing over the duty as host country for next year’s Exercise, which will be at the Republic of Singapore. The ceremony continued with a closing speech by Commander of Operations Group, proceeded by a thanksgiving prayer and a group photo.

A total of 62 personnel from both countries participated in this bilateral exercise.



EKSESAIS AIRGUARD 24/18 DENGAN RASMINYA DITUTUP

BUKIT AGOK, Khamis, 11 Oktober 2018 – Upacara Penutup Eksesais AIRGUARD yang ke-24 antara Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Tentera Udara Republik Singapura (18 Da Bn TURS) diadakan di Bukit Agok. Eksesais tersebut telah dikendalikan selama dua belas hari bermula dari 1 hingga 12 Oktober 2018.

Upacara Penutup Latihan Airguard dihadiri oleh tetamu kehormat bersama Leftenan Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB dan Kolonel Kenneth Chiong Beng Han, Pemerintah Kumpulan Pertahanan Artileri TURS.

Eksesais AIRGUARD, yang dirasmikan semenjak tahun 1994, adalah satu landasan bagi anggota daripada kedua belah pihak dalam mengukuhkan persahabatan dan mengeratkan lagi hubungan kerja melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan dan pertukaran profesional. Selain itu juga, TUDB dan TURS berinteraksi secara teratur melalui pelbagai aktiviti lain, termasuk lawatan dan kursus yang telah memperdalam hubungan erat dan akrab antara kedua-dua tentera udara.

Sebagai kesimpulan terakhir bagi Eksesais ini, upcara disempurnakan dengan ucapan daripada Kumpulan Pertahanan Artileri TURS dan penyerahan bendera Eksesais AIRGUARD daripada Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan TUDB kepada Pegawai Pemerintah 18 DA Bn TURS yang mana menandakan penyerahan tanggungjawab selaku Tuan Rumah bagi Eksesais AIRGUARD pada tahun 2019 di Republik Singapura. Upacara diteruskan dengan Ucapan Penutup daripada Pemerintah Kumpulan Gerakan, diikuti dengan doa selamat dan sesi begambar ramai.

Seramai 62 anggota dari kedua-dua negara menyertai eksesais dua hala ini.

Attachments