Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI NAVY ATTENDS THE INTERNATIONAL FLEET REVIEW 2018 IN REPUBLIC OF KOREA

JEJU, REPUBLIC OF KOREA, Thursday, 11 October 2018 -  The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, attended the International Fleet Review (IFR) which was held in conjunction with the 70th anniversary of Republic of Korea Armed Forces Day in Jeju, Republic of Korea.

The IFR event began with a welcoming reception dinner hosted by Admiral Sim Seung-Seob, Chief of Naval Operations Republic of Korea Navy (ROKN) for all attending Chief of Navies and representatives. The welcoming reception commenced with a welcoming speech by Chief of Naval Operations ROKN.

The highlight of the IFR was the ‘Pass-in-Review’ that was held today. President Moon Jae-In, President of the Republic of Korea, embarked the flagship ROKS ILCHUBONG, and reviewed a fleet of 43 ships and 24 aircrafts, from various countries, in formation off the southern coast of Jeju Island. The Commander of RBN and his spouse were also in attendance onboard the ROKS ILCHUBONG together with 20 Chiefs of Navy and 26 Heads of Delegation.  Representing Brunei Darussalam during the ‘Pass-in-Review’ at the IFR was KDB DARUTTAQWA.

The ‘Pass-in-Review’ ended at a high note with a demonstration of high altitude military parachuting and an airshow by aircraft type F-16 and F-15 before the flagship docked at the port.

A congratulatory dinner will be held tomorrow to conclude the IFR which Commander of RBN and spouse will attend.



PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI HADIRI INTERNATIONAL FLEET REVIEW 2018 DI REPUBLIK KOREA

JEJU, REPUBLIK KOREA, Khamis, 11 Oktober 2018 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad menghadiri International Fleet Review (IFR) bersempena dengan ulang tahun ke-70 bagi Angkatan Tentera Republik Korea di Jeju, Republik Korea.

IFR dimulakan dengan majlis resepsi makan malam dihoskan oleh Admiral Sim Seung-Seob, Chief of Naval Operations Republic of Korea Navy (ROKN), yang dihadiri oleh Pemerintah-Pemerintah dan perwakilan-perwakilan Angkatan Laut. Majlis resepsi berkenaan dimulakan dengan ucapan selamat datang daripada Chief of Naval Operations ROKN.

Upacara utama ialah 'The Pass-in–Review’, yang diadakan pada hari ini. Presiden Moon Jae-In, Presiden Republik Korea berada di atas kapal ROKS ILCHUBONG, bagi menyaksikan pelayaran lalu dan memeriksa perbarisan kapal-kapal yang melibatkan 43 kapal laut dan 24 pesawat, dari pelbagai negara di selatan pantai Pulau Jeju.

Pemerintah TLDB dan isteri juga hadir di atas kapal berkenaan bersama dengan 20 Pemerintah-Pemerintah Angkatan Laut dan 26 Ketua Delegasi. Penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam ‘The Pass–in–Review’ telah diwakili oleh KDB DARUTTAQWA.

Upacara ‘The Pass-in-Review’ telah diakhiri dengan demonstrasi terjun payung altitud tinggi dan persembahan daripada pesawat F-16 dan F-15 sebelum ROKS ILCHUBONG memasuki perlabuhan.

Satu majlis makan malam akan diadakan esok untuk menyimpulkan acara IFR, di mana akan dihadiri oleh Pemerintah TLDB dan isteri beliau.

Attachments