Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINDEF AND RBAF FETE NEW HIJRAH YEAR 1440

BOLKIAH GARRISON, Monday, 10 September 2018 - The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held ceremonies to usher in the new Islamic Year 1440 Hijrah late this afternoon at all suraus in the RBAF Garrisons and camps.

The ceremony held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison began with the recital of the Holy Quran Surah Al-Imran verse 190-195 followed by the end of the year 1439 Hijrah prayer, a mass Maghrib prayer, recitation of ‘wirid’ and the new Islamic year 1440 Hijrah prayer.

The event also featured a religious talk titled “Ilmu dan Amal Nadi Wawasan Negara” delivered by guest speaker from Al-Minhaaj Centre, Ustaz Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak. The ceremony concluded with the mass Isya’ Prayer.

In attendance was the Guest of Honour, Colonel Mohd Ismaon bin Haji Zainie, Director of Force Capability Development, together with officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENYAMBUT AWAL TAHUN BARU 1440 HIJRAH

BOLKIAH GARISON, Isnin, 10 September 2018 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Sambutan Awal Tahun Hijrah bertempat di semua Surau Garison ABDB bagi menyambut Tahun Baru Hijrah 1440.

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Al-Imran ayat 190-195 diikuti dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1439 Hijrah, sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan wirid dan seterusnya Doa Awal Tahun 1440 Hijrah.

Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Ilmu dan Amal Nadi Wawasan Negara”, yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Al-Minhaaj Centre, Ustaz Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya berjemaah.

Hadir dalam majlis tersebut adalah Kolonel Mohd Ismaon bin Haji Zainie, Pengarah Perkembangan Keupayaan Tentera selaku Tetamu Kehormat, berserta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Attachments