Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COURTESY CALL TO MINISTER OF DEFENCE II BY DEPUTY ASSISTANT SECRETARY OF DEFENCE FOR SOUTH AND SOUTHEAST ASIA

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 11 July 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, received a courtesy call from Dr. Joseph H. Felter, Deputy Assistant Secretary of Defence for South and Southeast Asia, this afternoon.

During the call, the Minister of Defence II congratulated Dr. Felter on his appointment as the Deputy Assistant Secretary of Defence for South and Southeast Asia, which took effect last year. Both sides affirmed the warm defence relations and the robust bilateral defence cooperation between the two countries. The Minister of Defence II also extended appreciation towards the United States for the active role it takes in the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus) regional grouping.

Early last month, the United States held a sideline meeting with the ASEAN Defence Ministers, in which Yang Berhormat Pehin attended as part of his programme during the Shangri-La Dialogue in Singapore. Chaired by The Honourable James Mattis, the U.S. Secretary of Defence, the meeting was an avenue for both United States and ASEAN to share their priorities in the Asia-Pacific as well as issues of common concern. 

Dr. Felter is currently in the region to attend the ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting-Plus (ADSOM-Plus) which will take place from 12 to 13 July 2018 in Singapore.




KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI PERTAHANAN II DARIPADA TIMBALAN PENOLONG SETIAUSAHA PERTAHANAN BAGI ASIA SELATAN DAN TENGGARA, AMERIKA SYARIKAT

BOLKIAH GARISON, Rabu, 11 Julai 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II, telah menerima satu kunjungan hormat daripada Dr Joseph H. Felter, Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Asia Selatan dan Tenggara, pada petang tadi.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Menteri Pertahanan II mengucapkan tahniah kepada Dr. Felter atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Asia Selatan dan Tenggara pada tahun lepas. Kedua belah pihak telah mengesahkan hubungan mesra yang terjalin dan kerjasama pertahanan yang sangat baik di antara kedua belah negara. Menteri Pertahanan II juga merakamkan penghargaan kepada Amerika Syarikat bagi peranan aktif dalam ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus). 

Pada awal bulan lepas, Amerika Syarikat telah menganjurkan satu mesyuarat dengan Menteri-Menteri Pertahanan negara ASEAN, di mana Yang Berhormat Pehin telah menghadiri sebagai sebahagian program beliau semasa Shangri-La Dialogue di Republik Singapura. Dipengerusi oleh Yang Berhormat James Mattis, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, mesyuarat tersebut merupakan landasan bagi Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN bagi menegaskan keutamaan mereka mengenai keselamatan rantau Asia-Pasifik dan isu-isu kepentingan bersama. 

Dr. Felter berada di rantau ini bagi menghadiri ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting-Plus (ADSOM-Plus) yang akan diadakan di Republik Singapura pada 12 hingga 13 Julai 2018.

Attachments