Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​MINDEF AND RBAF HOLD KHATAM AL-QURAN IN BOLKIAH GARRISON

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 13 June 2018 -  The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) continue to celebrate the holy month of Ramadhan with a Khatam Al-Quran ceremony at the Surau Ad-Difa’ in Bokiah Garrison.

Present at the ceremony as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, the Minister of Defence II. 

Also in attendance were Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF, Services Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), directors, senior officers and officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony marked the completion of a series of activities the Ministry and RBAF have conducted to celebrate the holy month including donations to orphans, cemetery cleaning campaigns, religious talks and mass prayers.

The annual Khatam-Al Quran is aimed to inculcate a sense of community among the personnel of the Ministry of Defence and RBAF through religion and to strengthen character development through the complete recitation of 30 juzu’ or chapters of the Al-Quran. This practice is in line with the aspiration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to encourage education and literacy in the Al-Quran.

The ceremony began with Takhtim and Khatam prayers led by the Imam of Surau Ad-Difa’, followed by the Dikir Marhaban.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGADAKAN KHATAM AL-QURAN DI BOLKIAH GARISON

BOLKIAH GARISON, Rabu, 13 Jun 2018 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terus menyemarakkan bulan lagi suci ini dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison.

Hadir di majlis ini sebagai Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II.

Turut hadir adalah Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis tersebut merupakan acara penutup bagi aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh kementerian dan ABDB bagi menyambut bulan suci ini termasuk majlis-majlis sumbangan derma kepada anak yatim, kempen kebersihan di tanah kubur orang-orang Islam, ceramah keugamaan dan sembahyang berjemaah.

Acara tahunan ini bertujuan untuk memupuk nilai kemasyarakatan di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB melalui agama Islam dan memperkuat perkembangan diri dengan berjaya menamatkan bacaan 30 juzu’ Kitab suci Al-Quran. Amalan ini bertepatan dengan hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei yang setentunya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembacaan al-Quran.

Majlis dimulakan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam diketuai oleh Imam Surau Ad-Difa’ dan diikuti dengan Dikir Marhaban.

Attachments