Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​CARAT 2017 ACTIVATED

MUARA, Monday, 6 November 2017 – The 23rd iteration of the Brunei – United States Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise begins on 6 November, and will end on 10 November 2017.

The opening ceremony, held this morning at the Nakhoda Hall, Training Centre Royal Brunei Navy, Muara Camp was jointly officiated by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, RBAF Joint Force Commander, and Captain Matthew J. Jerbi, Deputy Commodore Destroyer Squadron 7.

Also present were Scott E. Woodard, Deputy Chief of Mission of the U.S. Embassy, Colonel Newman Yang, Defence Attaché of United States to Brunei Darussalam, and senior officers from both countries.

In the run-up for the CARAT exercise, two planning conferences were held, the first being in July 2017 and the final one in September 2017.

The 5-day exercise, comprising of jungle training and military operations in urban terrain (MOUT), aims to strenghten the close working relationship and enhance interoperability among the participants.

This year’s exercise will see participation from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), the Military Police, the Military Legal Unit, RBAF Medical Services, the RBAF Band and Public Relations Unit. Other government agencies such as Royal Customs and Excise Department, Royal Brunei Police Force, Fisheries Department and Narcotics Control Bureau will also be involved.

A reception was held onboard the USNS Millinocket this evening in conjunction with Exercise CARAT 2017, which was attended by First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence.

Also present were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of RBAF, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, as well as other senior officers and officers of the Ministry of Defence and the RBAF.
    



    A Reception onboard USNS Millinocket



Opening Ceremony 23rd CARAT at Nahkoda Hall, RBN


CARAT 2017 DIAKTIFKAN

MUARA, Isnin, 6 November 2017 – Eksesais ke 23 Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) bermula pada hari ini 6 November dan akan berakhir pada 10 November 2017.

Majlis pembukaan, yang diadakan pada pagi  ini di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara Kem, dirasmikan bersama oleh Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersama dan Captain Matthew J. Jerbi, Deputy Commodore Destroyer Squadron 7.

Turut hadir di acara tersebut adalah Scott E. Woodward,  Timbalan Ketua Misi di Duta Amerika Syarikat, Kolonel Newman Yang, Atase Pertahanan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara.

Dalam persediaan bagi Eksesais CARAT, dua persidangan perancangan telah diadakan, di mana yang pertama diadakan pada bulan Julai 2017, dan yang terakhir pada September 2017. 

Eksesais selama lima hari ini yang terdiri daripada latihan hutan dan operasi ketenteraan di kawasan bandar (MOUT) bertujuan bagi mengukuhkan lagi hubungan kerja dan meningkatkan interoperabiliti di kalangan peserta.

Eksesais pada tahun ini akan menyaksikan penyertaan dari Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Polis Tentera, Unit Undang-Undang Ketenteraan, Unit Perkhidmatan Perubatan ABDB, Pancaragam ABDB dan Unit Perhubungan Awam. Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perikanan dan Badan Kawalan Narkotik juga akan terlibat dalam Eksesais tersebut.

Satu majlis resepsi telah diadakan pada malam ini di kapal USNS Millinocket bersempena dengan Eksesais CARAT 2017, yang dihadiri oleh Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Attachments