Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVED COURTESY CALL FROM THE DEPUTY COMMANDER OF THE PRIMORSKAYA FLOTILLA OF THE ALL-ARMS FORCES OF THE PACIFIC FLEET, RUSSIAN NAVY

BOLKIAH GARRISON, Friday, 13 October 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today received a call from Rear Admiral Eduard E. Mikhailov, Deputy Commander of the PRIMORSKAYA FLOTILLA of the All-Arms Forces of the Pacific Fleet, Russian Navy.

During the call, the RBAF Commander welcomed Rear Admiral Edward E. Mikhailov and his delegation to Brunei Darussalam. He also congratulated the Russian Federation on their 72nd Victory Day on 9 May this year as well as their Navy Anniversary on 1 August 2017.

Both sides also commended the activities which will be held by the Royal Brunei Navy and the Russian Navy as part of their visit programme in Brunei Darussalam. The events will promote the military-to-military and practical cooperation ties between both countries through professional exchanges, the Passage Exercise and sports interactions.



PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DEPUTY COMMANDER OF THE PRIMORSKAYA FLOTILLA OF THE ALL-ARMS FORCES OF THE PACIFIC FLEET, TENTERA LAUT RUSIA

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 13 Oktober 2017 - Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Muda Eduard E. Mikhailov, Deputy Commander Of The PRIMORSKAYA FLOTILLA Of The All-Arms Forces Of The Pacific Fleet, Tentera Laut Rusia.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Rear Admiral Eduard E. Mikhailov dan delegasi ke Negara Brunei Darussalam. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak Rusia sempena Victory Day Rusia yang ke-72 pada 9 Mei 2017 dan Ulang Tahun Tentera Laut Rusia pada 1 Ogos 2017.

Kedua-dua pihak juga menyambut baik aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di antara Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut Rusia dalam program lawatan mereka di Negara Brunei Darussalam. Ini setentunya akan mengukuhkan lagi hubungan praktikal tentera di antara kedua buah Negara melalui pertukaran anggota, eksesais laut dan interaksi kesukanan.

Attachments