Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
BRP ANDRES BONIFACIO FF-17 ARRIVES IN BRUNEI DARUSSALAM FOR A GOODWILL VISIT

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 4 October 2017 – As an effort to further enhance and strengthen the bilateral relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Philippines, the Royal Brunei Navy (RBN) welcomed the arrival of BRP ANDRES BONIFACIO FF-17 at the Muara Commercial Port yesterday. The ship is in Brunei Darussalam from 03 – 08 October 2017 for a goodwill visit, coinciding with the period of celebration of the 50th Anniversary of the Accession to the Throne of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam.

Both navies are taking the opportunity to interact through various exchanges and exercise interoperability with a Passage Exercise that is scheduled to take place on Sunday.

The Head of Delegation, Commodore Albert A. Mogol, AFP Commander of Fleet – Marine Ready Force, Philippines Navy also made a courtesy call to First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of the RBN yesterday and Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) this afternoon.

During the visit, the crew will get the opportunity to explore several attractions sites within the country, such as the Royal Regalia Building, the Art and Handicraft Training Centre in Bandar Seri Begawan, as well as experiencing the local culture and cuisine.





BRP ANDRES BONIFACIO FF-17 MEMBUAT LAWATAN MUHIBBAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 4 Oktober 2017 – Sebagai usaha mempertingkat dan memperkuat hubungan dua hala antara Brunei Darussalam dan Republik Filipina, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mengalu-alukan kedatangan BRP ANDRES BONIFACIO FF-17 di Pelabuhan Komersial Muara semalam.

Rombongan Kapal BRP ANDRES BONIFACIO FF-17 berada di Negara Brunei Darussalam untuk membuat lawatan Muhibbah dari 3-8 Oktober 2017 bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Kedua-dua tentera laut mengambil peluang untuk berinteraksi melalui pelbagai pertukaran dan meningkatkan interoperability dengan Latihan Passage (PASSEX) yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad.

Ketua delegasi, Commodore Albert A. Mogol, AFP Commander of Fleet – Marine Ready Force, Philippines Navy, juga membuat kunjungan hormat kepada Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah TLDB semalamnya dan juga Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB.

Semasa lawatan muhibbah itu, anak kapal berpeluang untuk meneroka beberapa tempat tarikan di Negara Brunei Darussalam, seperti Bagunan Alat-Alat Kebesaran Diraja dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan serta mengalami budaya dan masakan tempatan.

Attachments