Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
GOODWILL VISIT BY HMAS MELBOURNE (FFG 05), ROYAL AUSTRALIAN NAVY

MUARA, Saturday 30 September 2017 – The Royal Australian Navy (RAN) ship HMAS MELBOURNE (FFG 05) is currently in Brunei Darussalam for a three-day goodwill visit from 30 September 2017 to 02 October 2017.

The frigate is commanded by Commander Charles Edward Bourne, RAN, carrying 24 officers and 171 crew members. During the visit, RBN and RAN will participate in various professional exchanges and sport interactions where both navies will have the opportunity to share invaluable experiences and deepen the friendship that they have forged over the years.

The HMAS MELBOURNE (FFG 05) held a reception onboard last night, where Yang Mulia First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence was the Guest of Honour.

Also present were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of the RBAF, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, as well as other senior officers and officers of the Ministry of Defence and the RBAF.

HMAS MELBOURNE (FFG 05) will conduct a Passage Exercise (PASSEX) with KDB DARUTTAQWA, which is scheduled to take place on Monday, 2 October 2017 before setting sail to her next port of call to Japan.






LAWATAN MUHIBBAH KAPAL DIRAJA AUSTRALIA, HMAS MELBOURNE (FFG 05)

MUARA, Sabtu 30 September 2017 – Sebuah Kapal Tentera Laut Diraja Australia (TLDA), HMAS MELBOURNE (FFG 05) sedang mengadakan satu lawatan muhibbah ke Negara Brunei Darussalam selama tiga hari yang bermula dari 30 September 2017 hingga 02 Oktober 2017.

Pemerintah kapal perang ini ialah Kommander Charles Edward Bourne, TLDA, dengan membawa seramai 24 orang pegawai dan 171 orang anak buah kapal. Semasa lawatan ini, TLDB dan TLDA juga akan mengadakan pelbagai pertukaran profesional serta interaksi sukan di mana kedua-dua tentera laut akan berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan mengeratkan lagi sirratulrahim persahabatan di antara kedua-dua angkatan laut.

Sehubungan dengan itu, majlis resepsi telah diadakan semalam di kapal HMAS MELBOURNE (FFG 05) yang dihadiri oleh Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan selaku Tetamu Kehormat.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih Bin Abdullah, Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Perlaksanaan Passage Exercise (PASSEX) juga akan dilaksanakan bersama KDB DARUTTAQWA yang dijadualkan pada hari Isnin, 02 Oktober 2017 sebelum HMAS MELBOURNE (FFG 05) membuat lawatan muhibbah seterusnya ke Jepun.

Attachments