Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​BRUNEI DARUSSALAM 14th IMT DEPARTS FOR MINDANAO

BOLKIAH GARRISON, Monday 11 September 2017 - Eight Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel and a personnel from the Royal Brunei Police Force (RBPF) will depart for Mindanao, Republic of the Philippines today to join the 14th contingent of the International Monitoring Team (IMT-14).

During their send-off ceremony at the Bolkiah Garrison Gymnasium, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, RBAF Commander presented the national flag to the head of IMT contingent, Lieutenant Colonel (U) Radhuan bin Haji Abd Hamid and later introduced to IMT personnel.

Among those present were ACP Haji Mohammad Hassan bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad, Acting Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence; His Excellency Datuk Ghulam Jelani, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam; His Excellency Meynardo LB. Montealegre, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Philippines to Brunei Darussalam; Service Commanders; Deputy Permanent Secretary (Technology and Development);Directors; Commandants; Malaysian Defence Advisor, senior officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF, a representative from the Ministry of Foreign Affairs and Trade (MOFAT) as well as family members.

The IMT personnel were blessed in a Doa Selamat event at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. The religious ceremony began with the recitation of the verses from the Al-Quran, followed by a mass Zohor prayer and Doa Selamat led by Imam Shuib bin Abdullah.

Brunei Darussalam has been a member of the IMT since 2004.



PASUKAN PEMANTAU ANTARABANGSA KE-14 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERTOLAK KE MINDANAO

BOLKIAH GARISON, Isnin, 11 September 2017 – Seramai lapan orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang anggota Polis Diraja Brunei (PDB) akan bertolak ke Mindanao, Republik Filipina bagi mengikuti misi pemantauan dan pengaman Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) ke-14.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB telah menyerahkan bendera negara kepada ketua kontinjen IMT, Leftenan Kolonel (U) Radhuan bin Haji Abd Hamid dan seterusnya diperkenalkan kepada anggota IMT. Majlis pemergian anggota IMT diadakan di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.

Turut hadir ialah Penolong Pesuruhjaya Police (ACP) Haji Mohammad Hassan bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad, Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei (PDB); Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, Penasihat Pertahanan Malaysia; Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB; wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta ahli keluarga anggota.

Pemergian anggota-anggota IMT ini kemudiannya diraikan dengan acara Doa Selamat di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison. Upacara keagamaan bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Shuib bin Abdullah.

Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli IMT sejak tahun 2004.

Attachments