Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVES COURTESY CALL FROM COMMANDER ESCORT DIVISION EIGHT OF THE JAPAN MARITIME SELF-DEFENCE FORCE

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 16 May 2017 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, today received a courtesy call from Captain Tomonari Kobayashi, Commander Escort Division Eight of Japan Maritime Self-Defence Force (JMSDF) who is heading the JMSDF ship JS KIRISAME for a three-day port visit to Brunei Darussalam from 16 to 18 May 2017.

He was accompanied by Commander Yasutaka Ebata, Commanding Officer of JS KIRISAME.

During the call, the Deputy Minister of Defence welcomed the JMSDF’s visit and both sides expressed their satisfaction on the warm and friendly naval relation between the navies of both countries. Captain Kobayashi and his delegation reiterated his commitment to further enhance the ties between the two navies through naval-activities through the exchange of visits and exercises.

The Royal Brunei Navy’s KDB DARULAMAN and JS KIRISAME will also be involved in the Passage Exercise that takes place on 18 May 2017. JMSDF has actively participated in international defence events hosted by Brunei Darussalam including the ADMM-Plus Maritime Security and Counter-Terrorism Exercise in June 2016 where the JMSDF sent its JS ISE ship, a Hyuga-class helicopter destroyer.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PEMERINTAH ESCORT DIVISION EIGHT JAPAN MARITIME SELF-DEFENCE FORCE

BOLKIAH GARISON, Selasa, 16 Mei 2017 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Kepten Tomonari Kobayashi, Pemerintah Escort Division Eight of Japan Maritime Self-Defence Force (JMSDF) ketua kapal JMSDF, JS KIRISAME yang sedang membuat lawatan pelabuhan selama tiga hari di Brunei Darussalam dari 16 hingga 18 Mei 2017.

Beliau diiringi oleh Komander Yasutaka Ebata, Pegawai Pemerintah JS Kirisame.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan menyambut baik lawatan dari delegasi JMSDF itu dan kedua-dua pihak merakamkan rasa gembira di atas hubungan baik dan mesra di antara tentera-tentera laut kedua-dua negara. Kepten Kobayashi bersama delegasi beliau menyuarakan komitmen mereka untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua tentera laut melalui pertukaran lawatan dan latihan-latihan.

Kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) KDB DARULAMAN dan JS KIRISAME akan terlibat dalam Latihan Passage Exercise yang akan diadakan pada 18 Mei 2017. Pihak JMSDF sering kali menyertai acara-acara pertahanan antarabangsa yang dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam termasuk Latihan ADMM-Plus Maritime Security and Counter-Terrorism Exercise pada bulan Jun 2016 dimana JMSDF menghantar kapal tentera, laut JS ISE, sebuah Hyuga-class helicopter destroyer.

Attachments