Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH 2013 DIBARIGAKAN

4JERUDONG, Isnin 3 Februari 2014 - Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 akan dikuatkuasakan sepenuhnya termasuk kesalahan yang mengenakan hukuman mati setelah 24 bulan dari Perintah Kanun Peraturan Jenayah Mahkamah Syariah​ diwartakan.

Fasa Pertam​a setelah enam bulan Perintah Hukuman Syar'iah 2013 diwartakan, semua kesalahan dalam Bahagian IV penggal IV (kesalahan-kesalahan Am) akan dikuatkuasakan kecuali kesalahan yang mengenakan hukuman sebat atau mati iaitu kesalahan-kesalahan dakwah palsu, menghina Nabi oleh orang bukan Islam, subhat dan percubaan serta mempermainkan ayat Al-Qur'an dan Hadis oleh orang bukan Islam.

Demikian antara isi taklimat bertajuk 'Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah' yang disampaikan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

Taklimat disampaikan dari tujuh panel yang terdiri dari pegawai-pegawai dari Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat. Hadir sama ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah dan pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.

Taklimat tersebut turut menggariskan bahawa Fasa Kedua setelah 12 bulan dari Perintah Kanun Peraturan Jenayah Mahkamah Syar'iah diwartakan, semua kesalahan yang mengenakan hukuman had, diyat, arsy dan badal al-sulh akan dikuatkuasakan, kecuali kesalahan yang mengenakan hukuman mati seperti Hirabah (rompak) jika mangsa dibunuh, zina/zina bil-jabar (rogol), liwat-jika pesalah  itu muhsan, kesalahan-kesalahan yang berkaitan Irtidad (murtad) dan Qatul-amd (bunuh dengan niat/sengaja).

Manakala bagi Fasa Ketiga ialah setelah 24 bulan dari Perintah Kanun Peraturan Jenayah Mahkamah Syar'iah diwartakan, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013 akan dikuatkuasakan sepenuhnya termasuk kesalahan yang mengenakan hukuman mati.

2 

1 

3 

5 

Attachments