Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

KEMENTERIAN PERTAHANAN, ABDB SERTAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


9BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 14 Januari 2014
 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berserta kerabat diraja yang lain.

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan berangkat menerima junjung ziarah serta bersalam-salaman dengan ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan tersebut.

Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Pasukan Dikir Jabatan Perdana Menteri dan sertai dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

Doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

Sebelum perarakan bermula, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal mengepalai bacaan selawat yang menandakan perarakan akan dimulakan

Perarakan mengelilingi sebahagian BSB sejauh 4.7 kilometer didahului oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara.

Lebih 3700 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai perhimpunan Maulidur Rasul tahun ini di ke empat-empat daerah. Penyertaan ABDB di Perhimpunan Maulidur Rasul di Bandar Seri Begawan di ketuai oleh Kolonal Haji Abdul Hadi bin Haji Saim, Komandan Akademi Pertahanan ABDB.

Manakala lebih 100 orang pegawai-pegawai dan kakitangan awam dari Kementerian Pertahanan juga menyertai  Sambutan Maulidur Rasul yang di ketuai oleh Pg Haji Menudin bin PLW Pg Haji Yussof, Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja. Pada tahun ini sebanyak 143 buah pasukan dengan keramaian lebih 17 ribu peserta mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan ini.

Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW turut diadakan secara serentak di keempat-empat daerah yang membawa tema pada tahun ini ialah 'Rasulullah Pembawa Rahmat Sejagat'.

6

4

1

5

3

7

8

11


Attachments