Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD


1BOLKIAH GARISON, Isnin 13 Januari 2014
 – Acara Penutup Majlis Dikir Maulud telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan sempena memperingati Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.  Acara pada malam ini menandakan berakhirnya Dikir Maulud yang telah berlansung selama 12 malam berturut-turut di seluruh Balai Ibadat dan Surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bermula pada 2 Januari 2014 Masihi bersamaan 1 Rabiulawal 1435 Hijrah.

Hadir di Majlis Penutup Dikir di Surau Kementerian Pertahanan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir ialah Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pemangku Pemerintah ABDB, Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan Sembhayang Fardhu Magrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah bertajuk “Rasulullah Pembawa Rahmat Sejagat” yang disampaikan oleh Kapten Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMAAT). Selepas selesai sembahyang Fardhu Isya berjemaah, majlis disusuli dengan Majlis Penutup Dikir yang diketuai oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Imam Shuib bin Abdullah.

Majlis Penutup Dikir Maulud juga diadakan di seluruh Balai Ibadat dan Surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

2

1

3

4

5


Attachments