Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

19 MINDEF CIVIL SEVICE RETIREES CELEBRATED


1JERUDONG, Monday 13 January 2014 - Ministry of Defence held a certificate presentation ceremony at the BRIDEX Conference Hall, Jerudong for civilian officers and staff who have completed their service as of 1 October 2012 until 30 September 2013.

The ceremony began with the mass recital of Surah Al-Fatihah and was followed by a speech by Chairman of the event, Awang Nor Aidil bin Haji Abu Bakar, Acting Director of Administration and Manpower, Ministry of Defence.

The event continued with speech and the presentation of Service Certificates by Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Deputy Minister of Defence as the Guest of Honour.

The ceremony was highlighted with religious talk presented by Ustaz Awang Haji Mail bin Haji Besar.

The ceremony saw 19 civilian retirees comprising 17 male and 2 female. The ceremony continued with the presentation of certificates and souvenirs to five recipients Ministry of Defense Employee Awards consisting of officers and staff of Division II, III, IV and V.
 
Present during the ceremony were Acting Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Services Commanders and Commandants, Directors, Officers and staff of Ministry of Defence.

Among the aim of the ceremony is to reminiscence on the deeds and to express appreciation to all the retired officers and staff of the Ministry of Defence for their contributions throughout their service at the Ministry. It is also intended to maintain friendship and family relationships between officers and staff who are still serving and retired.


19 PESARA WARGA PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN DIRAIKAN

JERUDONG, Isnin 13 Januari 2014 – Kementerian Pertahanan petang ini mengadakan Majlis Penyerahan Sijil-Sijil Perkhidmatan bagi Pesara-Pesara Warga Awam Kementerian Pertahanan. Majlis berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam yang telah menamatkan perkhidmatan pada 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan dari Pengerusi Majlis, Awang Nor Aidil bin Haji Abu Bakar, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan.

Tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, yang juga menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan Sijil-Sijil Perkhidmatan kepada Pesara-Pesara.

Majlis diserikan dengan penyampaian ceramah ugama yang disampaikan oleh Ustaz Awang Haji Mail bin Haji Besar.

Seramai 19 orang pesara warga perkhidmatan awam Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada 17 lelaki dan 2 perempuan menerima sijil penghargaan mereka. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada lima penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Kementerian Pertahanan yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan Bahagian II, III, IV dan V.

Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Setiausaha- Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha- Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Tentera dan Komandan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.

Antara tujuan majlis ialah bagi mengenang jasa dan memberi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan yang telah bersara diatas sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan selama bertugas di Kementerian ini. Ini merangkumi segala sumbangan dalam bentuk tenaga, buah fikiran, sokongan moral, kewangan, masa dan juga pengalaman yang  sudah setentunya amat signifikan dan tinggi nilainya kepada Kementerian Pertahanan.

6

24

5

7


Attachments