Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

THE COMMANDER OF RBAF BIDS FAREWELL TO THE RBAF WOMEN PERSONNEL

1BOLKIAH GARISSON, Thursday 9 January 2014  – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) women personnel received a farewell visit from Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Commander of RBAF held at the Gymnasium, Bolkiah Garisson.

The visit began with the signing of parchment and the recital of surah Al-Fatihah by 863 Captain Abdul Mujib bin Japar, followed by a speech by 376 Lt Col Hjh Asnah binti Haji Metamit.

In his speech, the Commander expressed his heartfelt thanks and appreciation for the contribution made by the RBAF women personnel and advised them to continue to have strong ties with each other, cooperate with one another and always look forward for the opportunities within Royal Brunei Armed Forces.

The farewell visit then continued with the presentation of mementos to the Commander of RBAF Forces by the female officers, senior and other ranks. The event concluded with a closing doa and a photo session.


MAJLIS PERPISAHAN PEMERINTAH ABDB BERSAMA ASKAR WANITA ABDB

BOLKIAH GARISON, Khamis 9 Januari 2014  – Majlis Lawatan Perpisahan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin telah berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison yang dikendalikan oleh Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Acara dimulakan dengan menandatangani lembaran dan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 863 Kapten Abdul Mujib bin Japar dan seterusnya dengan ucapan penghargaan daripada wakil Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 376 Lt Kol Hjh Asnah binti Haji Metamit.

Seterusnya ucapan daripada Pemerintah ABDB yang mana beliau menasihatkan agar bersatu padu dalam nilai teras, bekerjasama dan sentiasa melihat kehadapan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli askar wanita kerana menunjukkan dedikasi dan pengorbanan yang amat tinggi demi organisasi dan juga negara.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari pegawai-pegawai askar wanita, PTB-PTB kanan dan PTB-PTB rendah. Acara lawatan ditutup dengan bacaan doa dan sesi begambar ramai.

4

5

7

8

9

2

3

10


Attachments