Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

MAJLIS PEMBUKAAN SAMBUTAN MALAM DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

2BOLKIAH GARISON, Khamis 2 Januari 2014 - Pembukaan Majlis Dikir Syarafil Annam telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan pada petang ini sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun 1435 Hijrah.  

Acara dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan bacaan wirid serta doa kesyukuran. Selesai saja Sembahyang Fardhu Isyak, bacaan dikir beramai-ramai dimulakan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah ABDB. 

Turut hadir ialah bagi meraikan majlis ialah YDM Timbalan Pemerintah ABDB, Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan ABDB dan anggota-anggota ABDB.

Majlis ini juga diadakan sercara serentak di kesemua Surau-Surau ABDB iaitu Perkhemahan Berakas, Perkhemahan Muara, Perkhemahan Penanjong, Perkhemahan Tutong, Perkhemahan Lumut, Perkhemahan Bangar, Perkhemahan Sg Akar dan Surau Pulau Baru-Baru.

surau bolkiah

surau Tentera Darat

surau 2Bn


Attachments