Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF AIRMEN ATTENDS LEADERSHIP WORKSHOP

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 04 April 2024 – The Operations Group (Ops Grp) Headquarters, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held two sessions of leadership workshops for Airmen holding the rank of Corporal and below. A total of 46 personnel participated in the workshops, which were conducted by Warrant Officer 2 (U) Hamdy bin Tujuh, Acting Drill Sergeant Major (DSM) Ops Grp.

The inaugural leadership workshop aimed to enhance leadership skills among participants by enabling them to optimise team performance through fostering a culture of collaboration and innovation.

The workshop, themed as 'Unlocking Leadership Potential: Understanding Personality Type and Brain Colour', focused on areas that provide an understanding of individual characteristics and tendencies to recognise personality strengths and weaknesses.

The topics presented covers various aspects, including providing an understanding of various personalities and cognitive styles, the concept of 'Brain Colour' which categorises four cognitive styles: blue (analytical), green (creative), red (practical), and yellow (empathetic) and the importance of self-awareness and self-development to further improve interpersonal relationships.

The leadership workshop is expected to empower participants to develop strategies that harness the unique contributions from each Airmen's cognitive styles.


ANGGOTA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI BENGKEL KEPIMPINAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 04 April 2024 – Markas Kumpulan Gerakan (MKG), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan dua sesi bengkel kepimpinan bagi anggota berpangkat Koperal ke bawah. Seramai 46 anggota telah menyertai bengkel yang dikendalikan oleh Pegawai Waran 2 (U) Hamdy bin Tujuh, Pemangku Sarjan Mejar Kawad (SMK) MKG.

Bengkel kepimpinan yang diadakan pada julung kalinya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dengan membolehkan peserta untuk mengoptimasikan prestasi pasukan dengan memupuk budaya kerjasama dan inovasi.

Bengkel yang bertemakan 'Unlocking Leadership Potential: Understanding Personality Type and Brain Color' fokus kepada mendedahkan kefahaman tentang ciri-ciri (characteristics) dan kecenderungan (tendencies) individu untuk mengenali kekuatan dan kelemahan personaliti.

Topik yang dibentangkan merangkumi pelbagai aspek daripada memberi kefahaman tentang pelbagai personaliti dan gaya kognitif, konsep 'Brain Colour' yang mengkategorikan empat gaya kognitif: biru (analitikal), hijau (kreatif), merah (praktikal), dan kuning (empati) dan kepentingan kesedaran diri dan pembangunan diri untuk meningkatkan lagi hubungan sesama manusia.

Bengkel kepimpinan diharap akan membolehkan para peserta dalam membangunkan strategi untuk memanfaatkan sumbangan unik daripada setiap gaya kognitif anggota.