Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

IFTAR WITH FORMER ROYAL BRUNEI AIR FORCE COMMANDERS

BERAKAS, Monday, 01 April 2024 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) held an iftar event with former RBAirF Commanders at Rumah Wira Angkasa, Berakas.

In attendance to the event were Major General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Brigadier General (Rtd) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammed, Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah and Colonel (Rtd) Dato Seri Laila Jasa Jocklin bin Kongpaw. Also present were RBAirF Board of Executives, Senior Officers and Warrant Officers.

The event commenced with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil followed by Iftar and mass Maghrib prayer led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher. The event continued with dinner, mass Isya' prayer and Tarawih prayers, led by Private (U) Muhammad Akid Arif bin Haji Sujono, Imam of Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

This annual event is part of RBAirF's effort to further strengthen the relationship and friendship between former commanders of RBAirF with the current Commander, Officers and Warrant Officers of RBAirF especially during this blessed month of Ramadhan.


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

BERAKAS, Isnin, 01 April 2024 – Sempena menyambut Bulan Suci Ramadhan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Mantan-mantan Pemerintah TUDB di Rumah Wira Angkasa, Berakas.

Hadir pada majlis tersebut ialah Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammad, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah, Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Waran TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dan diikuti dengan berbuka puasa serta Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB Majlis diteruskan dengan menikmati jamuan, Sembahyang Fardhu Isya dan Tarawih berjemaah yang diimamkan  oleh Soldadu (U) Muhammad Akid Arif bin Haji Sujono, Imam Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Majlis ini diadakan setiap tahun sebagai usaha TUDB dalam sama-sama mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persahabatan di antara Mantan-mantan Pemerintah, Pemerintah, Pegawai-pegawai dan Pegawai-pegawai Waran TUDB, terutama sekali di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.