Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

17 ORPHANS FROM RBAirF RECEIVED DONATIONS DURING SENTUHAN KASIH RAMADHAN CEREMONY

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 29 March 2024 - 17 orphans from 8 families of late members of Royal Brunei Air Force (RBAirF) received donations during the 'Sentuhan Kasih Ramadhan' ceremony hosted by the Joint Force Headquarters at Surau Al-Barakah, Rimba AFB.

Present as the Guest of Honour to present the donations were Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of RBAF, and his spouse, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, President of RBAF Wives Welfare Association (BAKTI). Also present at the ceremony were Service Commanders and Acting Joint Force Commander RBAF with their spouses, Directors of Directorates, Deputy Service Commanders and Deputy Joint Force Commanders, Commandants, RBAF personnel and families of orphans.

The ceremony commenced with the mass recital of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah, led by Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Religious Officer from the RBAF Religious Directorate. The ceremony was followed by the presentation of the donations and concluded with the Closing Doa. The donations were raised from the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, BAKTI, RBAF Cooperative Limited (KOWIRA) as well as individual donors.

The 'Sentuhan Kasih Ramadhan' ceremony is an annual welfare event organised by the RBAF during the holy month of Ramadhan. It is aimed at honouring the loyal duty and remembrance of their departed parents who served within the RBAF and to assist alleviating the burden of orphans as they prepare for the upcoming month of Syawal.


SERAMAI 17 ANAK YATIM TUDB MENERIMA SUMBANGAN DERMA DI MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 29 Mac 2024 – Seramai 17 orang anak yatim dari 8 keluarga bekas anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima sumbangan derma semasa Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan di Surau Al-Barakah, PTU RIMBA.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyampaikan sumbangan ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, serta isteri, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI). Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB serta isteri-isteri, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, anggota-anggota ABDB yang terdiri dari pegawai-pegawai dan lain-lain peringkat, dan juga keluarga anak-anak yatim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai serta diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Pegawai Agama, Jabatanarah Agama ABDB. Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian derma dan diakhiri dengan Doa Penutup. Sumbangan derma adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), Koperasi ABDB (KOWIRA), dan penderma-penderma perseorangan.

Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ini adalah acara kebajikan tahunan yang diungkayahkan oleh ABDB pada setiap tahun menjelangnya bulan suci Ramadhan. Majlis ini bertujuan untuk mengenang jasa bakti anggota-anggota ABDB yang telah kembali kerahmatullah dan untuk meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan sebelum menjelangnya bulan Syawal.