Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE AIRGUARD 28/24 INITIAL PLANNING CONFERENCE AND TABLE TOP EXERCISE

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 27 March 2024 – Exercise AIRGUARD 28/24 Initial Planning Conference (IPC) and Table Top Exercise (TTX) took place virtually from 26 to 27 March 2024 between No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force and 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion (18 DA Bn), Republic of Singapore Air Force.

The session commenced with opening remarks from the Co-Exercise Directors, Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer No. 2 Wing, and Major Chia Mu Jun, Robin, Commanding Officer, 18 DA BN, followed by discussions and TTX. The IPC concluded with the signing of IPC minutes, symbolising progress and readiness for the upcoming exercise.

The IPC plays a crucial role in outlining the exercise's plan, requirements, and participant involvement. Meanwhile, the Final Planning Conference (FPC) and Command Post Exercise (CPX) are for the end of June 2024, with the exercise set to take place in the third quarter of 2024.

This year's IPC marks a significant milestone by introducing a TTX that focuses on various scenarios, action plans, and concepts, representing a proactive approach to enhancing the preparedness and effectiveness of air defence forces in a dynamic security environment. Exercise AIRGUARD presents a significant opportunity for both air forces to enhance relationships and exchange expertise in air defence practices.


MESYUARAT INITIAL PLANNING CONFERENCE DAN TABLE TOP EXERCISE BAGI EKSESAIS AIRGURAD 28/24

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 27 Mac 2024 – Eksesais AIRGUARD 28/24 Initial Planning Conference (IPC) dan Table Top Exercise (TTX) telah diadakan secara maya pada 26 hingga 27 Mac 2024 di antara Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan Defence Artillery Battalion (18 DA Bn), Divisional Air Defence Group (DAG), Tentera Udara Republik Singapura (TURS).

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Latihan Bersama, iaitu Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, TUDB dan Mejar Chia Mu Jun Robin, Pegawai Pemerintah, 18 DA Bn, DAG, TURS dan diteruskan dengan sesi perbincangan dan TTX. Mesyuarat IPC berakhir dengan menandatangani minit mesyuarat IPC, yang menandakan kemajuan dan kesediaan latihan yang akan datang.

Mesyuarat IPC memainkan peranan penting dalam memberikan garispandu untuk perancangan latihan, keperluan dan penglibatan peserta. Selain itu, Final Planning Conference (FPC) dan Command Post Exercise (CPX) akan diadakan pada akhir bulan Jun 2024, dengan eksesais dijadualkan akan dikendalikan pada suku ketiga 2024.

IPC pada tahun ini menandakan satu peristiwa penting dengan memperkenalkan TTX yang memberikan fokus terhadap senario-senario, perancangan tindakan dan konsep, mempamerkan pendekatan yang proaktif dalam meningkatkan kesediaan dan keberkesanan  pertahanan udara dalam persekitaran sekuriti yang dinamik. Eksesais AIRGUARD memberikan peluang berharga kepada kedua-dua tentera udara untuk meningkatkan hubungan dan bertukar kepakaran dalam amalan pertahanan udara.