Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

Balai Bomba Penanjong Juara Perlawanan Kemahiran Bomba 2013

6PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis 4 April 2013 - Perkhidmatan Bomba dan Keselamatan Jabatanarah Logistik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei buat pertama kalinya mengadakan Perlawanan Kemahiran Bomba Peringkat ABDB pada 3 dan 4 April 2013 di Balai Bomba Perkhemahan Lumut.

Pasukan-pasukan yang menyertai di kejohonan itu ialah daripada Balai Bomba Tentera Laut Diraja Brunei, Balai Bomba Berakas Garison, Balai Bomba Tentera Udara Diraja Brunei, Balai Bomba Penanjong, Balai Bomba Perkhemahan Tutong dan Balai Bomba Perkhemahan Lumut.

Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan.  Kategori  bagi acara Perlawanan Kawad Hydrant 5 di menangi oleh Balai Bomba Penanjong, bagi  Kategori Pengunaan Hydraulik Cutter di menangi oleh Balai Bomba Perkhemahan Lumut, bagi Kategori Kawad Hydrant 1 di menangi oleh Balai Bomba Berakas dan Bagi Kategori Memakai Full Fire Fighting Kit di menangi oleh Balai Bomba Penanjong.

Tetamu Kehormat semasa Acara Perlawanan Akhir Perlawanan Kemahiran Bomba 2013 ialah Pengarah Jabatanarah Logistik Lt Kolonel (L) Hussin bin Dato Paduka Haji Mohamad dan sekaligus menyampaikan hadiah-hadiah bagi pemenang-pemenang semasa perlawanan itu.

Tempat ketiga bagi acara keseluruhan dimenangi oleh Balai Bomba Perkhemahan Lumut, Naib Juara dimenangi oleh Balai Bomba Berakas dan Juara berserta menerima piala pusingan di menangi oleh Balai Bomba Penanjong.

4

2

5

1

7

Attachments