Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PAYUNG STATIK AIRBORNE BAGI ANGGOTA-ANGGOTA UNIT KHAS ABDB SESI 2017
RIMBA, HARI KHAMIS, 25HB MEI 2017 – Majlis Penutup Kursus Asas Payung Statik Airborne bagi anggota-anggota unit khas ABDB sesi 2017 telah selesai diadakan pada hari ini yang dikendalikan oleh Unit Payung Terjun Pembekal Udara Taktikal, Tentera Udara Diraja Brunei. Seramai 08 orang anggota kursus iaitu 04 orang anggota unit RPK, 02 orang anggota unit Platun Gerak Khas dan 02 orang anggota Group Permukaan Tindak Balas Laut. Kesemua anggota kursus ini telah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan selamat dan jayanya.

Majlis penutup tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan pertunjukkan penerjunan anggota kursus payung statik Airborne dan ucapan ulasan kursus daripada Penolong Pegawai Memerintah Unit Payung Terjun Pembekal Udara Taktikal, Lt (U) Hajimah binti Mosah selaku pegawai pengendali kursus dan juga merupakan Pegawai Wanita pertama yang mengikuti dan membuat penerjunan payung statik Airborne.

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk menyelaraskan penerjunan payung statik Airborne secara tempatan dengan menggunakan pesawat TUDB iaitu pesawat Blackhawk S70i. Kursus dan latihan ini diadakan selama 4 minggu bermula dari 01hb Mei 2017 sehingga 25hb Mei 2017 bertempat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.

Sepanjang kursus dan latihan ini dijalankan, peserta kursus diajarkan sebanyak 2 fasa iaitu fasa pertama, Basic Ground Training selama 2 minggu iaitu menumpukan kepada pelajaran asas pengenalan karakteristik payung static MC1-1C, tatacara dan kawad-kawad penerjun di dalam pesawat, aircraft drills, exit yang betul, flight procedures, tatacara pendaratan (landing) yang betul dan pendaratan kecemasan (emergency landing). Manakala, fasa kedua iaitu 2 minggu terakhir untuk mempraktikkan segala pelajaran yang diajarkan serta melakukan penerjunan dari pesawat Blackhawk S70i.

Tetamu Kehormat majlis penutup tersebut ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Hj Ma’awiah, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan juga turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai jemputan dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB yang lain. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian lencana dan sijil kepada anggota kursus.