Skip Ribbon Commands
Skip to main content
print
RBAF COMMANDER FAREWELL VISIT TO SPECIAL FORCE REGIMENT

PENANJONG GARISSON, Monday, 24 August 2020 – The Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, made a farewell visit to the Special Force Regiment (SFR) this morning. 

His visit to the SFR Camp was received by the Commanding Officer of SFR, Lieutenant Colonel Muhd Suwardi Ariffin bin PDLDP Haji Abdul Latiff. He then visited Gallery 1, Binturan Range for a Pistol Precision Shooting Competition which was followed by the farewell ceremony and a meet and greet session with the regiment at the SFR Cookhouse. 

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa led by Staff Sergeant Awang Mohd Ariff bin Mohd Yunos.  

The ceremony continued with a speech by the SFR Commanding Officer where he highlighted on the exemplary leadership of the RBAF Commander including in guiding and influencing the SFR to further develop their skills and capabilities to be more credible and at par with International regiments.

The Commander of RBAF then delivered his farewell speech and emphasised the importance for members of SFR to maintain discipline, high standards, quality leadership and care for its personnel. He also highlighted numerous significant accomplishments achieved by the SFR during his tenure including the commissioning of His Royal Highness 920 Captain Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah as an honorary member of SFR. 

The Commander of RBAF was then presented with a farewell gift from the entire SFR which was followed by a closing prayer, signing of the parchment and group photo session. 



KUNJUNGAN PERPISAHAN PEMERINTAH ABDB KE REJIMEN PASUKAN KHAS

PENANJONG GARISON, Isnin, 24 Ogos 2020 - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah membuat kunjungan perpisahan ke Rejimen Pasukan Khas (RPK) pada pagi ini. 

Kunjungan perpisahan telah dialu-alukan oleh Pegawai Pemerintah RPK, Leftenan Kolonel Muhd Suwardi Ariffin bin PDLDP Haji Abdul Latiff. Pemerintah ABDB kemudian memulakan lawatan di Galeri 1, Padang Tembak Binturan bagi Acara Perlawanan Menembak Pistol diikuti dengan Majlis Kunjungan Perpisahan serta perjumpaan bersama warga rejimen di Rumah Masak RPK. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dikepalai oleh Staf Sarjan Awang Mohd Ariff bin Mohd Yunos. 

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah RPK di mana dia menekankan kepimpinan Pemerintah ABDB termasuk dalam memberikan bimbingan dan mempengaruhi RPK untuk mengembangkan lagi kemahiran serta kemampuan mereka untuk menjadi anggota yang lebih berwibawa dan setara dengan rejimen antarabangsa. 

Pemerintah ABDB kemudian menyampaikan ucapan beliau yang menekankan kepentingan bagi warga RPK untuk mengekalkan disiplin, piawaian yang tinggi, kepimpinan yang berkualiti serta pemedulian terhadap anggota-anggota yang dipimpin. Pemerintah ABDB juga mengimbas kembali beberapa pencapaian RPK sepanjang perkhidmatan beliau termasuk penauliahan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebagai warga kehormat RPK.

Pemerintah ABDB juga telah dianugerahkan cenderahati daripada semua ahli warga RPK dan diikuti dengan bacaan doa penutup, penandatanganan lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai. 


Attachments