Skip Ribbon Commands
Skip to main content
NADWAH ILMIAH FORUM FOR THE CIVILIAN AND MILITARY FEMALE OFFICERS AND PERSONNEL OF THE MINISTRY OF DEFENCE

​TANAH JAMBU, Friday, 22 Mac 2024 In enlivening the Holy Month of Ramadhan, Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT) organised a Nadwah Ilmiah Forum for the civilian and military female officers and personnel was held this morning at the Auditorium Hall, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). 


Present as the guest of honour was Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head of Inspectorate RBAF. Also present were civilian and military female officers, and personnel of the Ministry of Defence.


With the theme ‘Conserving Productivity in the month of Ramadhan’, the forum aimed to empower the role of women and provide understanding on ways to increase the productivity of women in terms of spiritual and physical activities in addition to maintaining responsibility and commitment at home and in the office, especially in this month of Ramadhan.


The forum was chaired by Ustazah Hajah Nurhamizah binti Haji Abdullah, Staff Grade Special, (JAMA’AT) with two panel members to discuss the topic of the forum, namely 1070 Captain Noria Fatriah binti Hj Abd Mutalif, Staff Officer of Religious Doctrine, (JAMA’AT) and 948 Major Dayangku Dr Nurhayatul Filzah binti Pengiran Damit, Head of Human Performance Lab, Performance Optimization Center, RBAF.

The forum continued with the presentation of mementos by the guest of honour to the forum moderator and panel members and concluded with the recitation of the Doa Selamat.







FORUM NADWAH ILMIAH BAGI PEGAWAI DAN ANGGOTA WANITA AWAM DAN TENTERA PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN ANJURAN 


TANAH JAMBU, Juma’at, 22 Mac 2024Bagi menyemarakkan bulan Ramadhan, Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah menganjurkan forum ‘Nadwah Ilmiah’ bagi pegawai dan anggota wanita awam dan tentera bagi tahun 1445H/2024M yang berlangsung pagi ini di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Inspektorat ABDB. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota wanita Kementerian Pertahanan.


Bertemakan "Melestarikan Produktiviti di Bulan Ramadhan" forum bertujuan untuk membangun dan memperkasa peranan wanita sekaligus meningkatkan produktiviti dari segi spiritual, kerohanian dan juga fizikal disamping mengekalkan tanggungjawab dan komitmen di rumah mahupun pejabat.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Ustazah Hajah Nurhamizah binti Haji Abdullah, Pekerja Tingkat Khas, JAMA’AT dengan dua orang ahli panel untuk membincangkan tajuk forum iaitu 1070 Kapten Noria Fatriah binti Hj Abd Mutalif, Penolong Pegawai Turus Doktrin Agama, (JAMA’AT) dan 948 Mejar Dayangku Dr Nurhayatul Filzah binti Pengiran Damit, Ketua Makmal Prestasi Insan Pusat Optima Kecergasan Tentera ABDB.

Forum tersebut diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada tetamu kehormat kepada moderator dan ahli panel forum dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.​


Attachments