Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM GRACES THE SOVEREIGN’S PARADE FOR THE 20th INTAKE OF OFFICER CADETS OF THE OFFICER CADET SCHOOL


TANAH JAMBU, Thursday, 13 January 2022 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today graced the Sovereign’s Parade Ceremony for the 20th intake of officer cadets of the Officer Cadet School, which was held at the Parade Square of the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in Kampung Tanah Jambu.

Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office; and His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘Abdul Mateen.


Upon arrival, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II; and Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.


Shortly after, His Majesty received the Royal Salute and inspected the Parade, which was commanded by 1071 Captain Muhammad Azmi bin Abdul Latif. The Ceremony then proceeded with a march-past by the officer cadets.


At the Ceremony, His Majesty delivered a Titah. This was then followed by the awards presentation to the best officer cadets of the 20th intake. 


The awards presentation was preceded with the presentation of the Sword of Honour to Officer Cadet Awangku Mohammad Qamarussalihin bin Pengiran Mohammad Saifuddin, who holds a Bachelor of Arts in Syariah Islamiah from Al-Azhar University, Egypt. The Sword of Honour, which is the highest award bestowed by His Majesty to an officer cadet, signifies the excellence of officer cadets who have the highest overall achievements in basic military training, academic, physical and in all aspects of training and leadership. 


His Majesty then presented the Best Academic Award to Midshipman Nurharzelah @ Nurfazelah binti Yakub, who holds a Master of Science in Management and Technology from Universiti Teknologi Brunei. She received the award based on her overall academic results throughout the course.


The Best Military Skills Award was given to Officer Cadet (U) Dayangku Rabiatuladawiah @ Dayangku Sarimah binti Pengiran Radzuan, who holds a Bachelor in Mathematics from Universiti Brunei Darussalam. The conferment of this award was based on her excellent achievements in all areas of military skills.


Meanwhile, the Best in Physical Training Award was presented to Officer Cadet Aabed Zul-Fadhlee bin Haji Abdul Hamid, who holds a Bachelor of Engineering in Mechanical Engineering from Universiti Teknologi Brunei, in recognition of the officer cadet’s outstanding achievement in physical training.


“Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” was then called out three times from the parade, followed by a Doa, which was recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).


His Majesty then received a pesambah from the newly commissioned officer cadets with the theme “Qaidah Marunah” which means “Resilient Leader. 


The Ceremony continued with a mingling session (Majlis Junjung Ziarah) with the newly commissioned officer cadets and their families, which then concluded with a group photograph session.


A total of 81 officer cadets (comprising 50 men and 31 women) were commissioned today, in which 46 officer cadets were commissioned as Royal Brunei Land Force officers; 19 officer cadets as Royal Brunei Navy officers; and 16 officer cadets as Royal Brunei Air Force officers.


The Sovereign's Parade is the culmination of the RBAF Officer Cadet School’s prestigious intensive military training towards equipping newly commissioned officers with knowledge, faith, discipline, professionalism and leadership skills. 


The 51-week Officer Cadet Course of the 20th intake began on 28 January 2021, and involved a variety of exercises and military activities dedicated to improving the quality of leadership, character and intellect as required for every RBAF officer.















KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA SOVEREIGN’S PARADE BAGI PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-20, SEKOLAH PEGAWAI KADET


TANAH JAMBU, Khamis, 13 Januari 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai-pegawai Kadet Pengambilan Ke-20, Sekolah Pegawai Kadet yang berlangsung di Padang Kawad Akademi Pertahanan (AP), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampung Tanah Jambu.


Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Paduka-Paduka Anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan Perbarisan di bawah perintah Pegawai Perbarisan, 1071 Kapten Muhammad Azmi bin Abdul Latif. Ini disusuli dengan acara perbarisan berjalan lalu oleh pegawai-pegawai kadet.


Semasa Upacara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah. Ini diikuti dengan pengurniaan Anugerah-anugerah bagi Pegawai-pegawai Kadet Terbaik bagi Pengambilan Ke-20. 


Pengurniaan anugerah-anugerah didahului dengan Anugerah Pedang Kehormatan kepada Pegawai Kadet Awangku Mohammad Qamarussalihin bin Pengiran Mohammad Saifuddin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Anugerah Pedang Kehormatan merupakan anugerah penghormatan tertinggi kepada pegawai kadet yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan merupakan simbol kecemerlangan terbaik secara keseluruhan bagi pegawai kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik, fizikal dan dalam semua aspek kepimpinan.


Baginda seterusnya mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada Pegawai Kadet (Laut) Nurharzelah @ Nurfazelah binti Yakub, yang berkelulusan Sarjana Sains dalam Pengurusan dan Teknologi dari Universiti Teknologi Brunei, Negara Brunei Darussalam. Pegawai ini menerima anugerah tersebut berdasarkan kepada keputusan keseluruhan akademik terbaik di sepanjang latihan kursus diadakan.


Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera pula dikurniakan kepada Pegawai Kadet (U) Dayangku Rabiatuladawiah @ Dayangku Sarimah binti Pengiran Radzuan, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Mathematics, Universiti Brunei Darussalam. Pengurniaan anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan beliau mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran kemahiran tentera.


Manakala Pegawai Kadet Pegawai Kadet Aabed Zul-Fadhlee bin Haji Abdul Hamid, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Mechanical Engineering (Hons) dari Universiti Teknologi Brunei, Negara Brunei Darussalam menerima Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani, sebagai pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang Pegawai Kadet dalam latihan jasmani. 


Selepas itu, sembah 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' dilaungkan sebanyak tiga kali oleh pasukan perbarisan, diikuti dengan bacaan doa oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).


Baginda kemudiannya berkenan menerima pesambah bertemakan “Qaidah Marunah” yang membawa maksud “Pemimpin yang Cekal”. 


Upacara diteruskan dengan Majlis Ramah Mesra daripada pegawai-pegawai kadet yang baru ditauliahkan serta keluarga masing-masing; sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai.  


Seramai 81 orang pegawai kadet (yang terdiri daripada 50 lelaki dan 31 wanita) telah ditauliahkan pada hari ini, yang mana 46 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei; 19 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei; dan 16 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei.  


Upacara Sovereign's Parade adalah acara kemuncak latihan ketenteraan intensif yang berprestij bagi Sekolah Pegawai Kadet ABDB dalam melengkapkan pegawai yang baru ditauliahkan dengan ilmu pengetahuan, kepercayaan, disiplin, profesionalisme dan kemahiran kepimpinan. 


Kursus Pegawai Kadet Pengambilan Ke-20 selama 51 minggu ini telah bermula pada 28 Januari 2021, yang melibatkan pelbagai latihan dan aktiviti ketenteraan khusus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan, perwatakan dan intelek sepertimana yang dikehendaki bagi setiap pegawai ABDB.




Attachments