Skip Ribbon Commands
Skip to main content
15TH JOINT DEFENCE WORKING COMMITTEE MEETING BETWEEN BRUNEI DARUSSALAM AND UNITED STATES


BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 03 December 2021 – The Ministry of Defence, Brunei Darussalam and the Indo-Pacific Command (INDOPACOM), United States (U.S.), conducted the 15th Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting virtually this morning. 

During the meeting, both Co-Chairs, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, the Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Brigadier General Jennifer Short from Strategic Planning and Policy, U.S. INDOPACOM, reaffirmed both sides’ commitment and steadfastness in strengthening defence cooperation between both countries and expressed pleasure with the continued positive momentum of bilateral defence relations, despite the COVID-19 pandemic, underscoring both sides' high regard for bilateral relations.

Both countries also discussed defence and military-to-military cooperation in areas of mutual interests, encapsulated under the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation signed on 29 November 1994, that include among others, exchanges of visits, training, courses and exercises. Brunei Darussalam’s Co-Chair also conveyed his appreciation for the U.S.’ contributions towards maintaining peace and security in the region, including through the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus) platform. 

The Brunei Darussalam – U.S. JDWC meeting is conducted regularly to manage both countries’ bilateral defence relations since its establishment in 1994, contributing towards enriching and enhancing capacity-building, professionalism and understanding for defence and military officials on both sides. 





MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA KALI KE-15 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN AMERIKA SYARIKAT


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 03 Disember 2021 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Indo-Pacific Command (INDOPACOM), Amerika Syarikat telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) ke-15 secara dalam talian pagi tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua Pengerusi Bersama, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Brigedier Jeneral Jennifer Short dari Perancangan Strategik dan Dasar, INDOPACOM, Amerika Syarikat, menegaskan komitmen dan keteguhan kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan yang wujud antara kedua-dua buah negara serta melahirkan rasa berpuas hati dengan momentum positif yang berterusan dalam hubungan pertahanan dua hala, walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19, menekankan bahawa kedua-dua pihak memandang tinggi hubungan dua hala tersebut.


K
edua-dua negara turut membincangkan kerjasama pertahanan dan ketenteraan dalam bidang kepentingan bersama yang terkandung di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 29 November 1994, antara lain termasuk pertukaran lawatan, latihan, kursus dan eksesais. Pengerusi Bersama Negara Brunei Darussalam juga menyampaikan rasa penghargaan di atas sumbangan Amerika Syarikat ke arah mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini, termasuk melalui platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus). 

JKPB Brunei Darussalam – Amerika Syarikat diadakan secara berkala untuk menguruskan hubungan pertahanan dua hala kedua-dua negara sejak penubuhannya pada tahun 1994, menyumbang ke arah memperkaya dan meningkatkan pembangunan kapasiti, profesionalisme dan persefahaman bagi pegawai pertahanan dan ketenteraan kedua-dua belah pihak.


Attachments