Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM NEW HIGH COMMISSIONER OF MALAYSIA TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Monday, 22 November 2021- Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, received an introductory call from His Excellency Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, the Malaysian High Commissioner to Brunei Darussalam this morning. 


During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II congratulated His Excellency on the occasion of his new appointment as High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam. Both sides further reaffirmed the warm, friendly and long-standing bilateral relations between Brunei Darussalam and Malaysia. Yang Berhormat Minister of Defence II and His Excellency expressed their hope to strengthening defence cooperation between the two countries, and enhancing bilateral military cooperation at all levels. 

His Excellency Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 11 October 2021.



MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAHARU

BOLKIAH GARISON, Isnin, 22 November 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam pada pagi tadi. 

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas pelantikan baharu beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua belah pihak juga mengesahkan semula hubungan yang erat dan mesra yang sudah sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Tuan Yang Terutama seterusnya membincangkan usaha-usaha dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua buah negara dan juga dalam mempertingkatkan kerjasama ketenteraan di kesemua peringkat.

Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021 yang lalu.


Attachments