Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ESTABLISHMENT OF COVID 19 HOLDING AREA LUMUT CAMP AND TASKS GROUPS FROM THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

LUMUT CAMP, Sunday, 05 September 2021 – The Third Battalion of the Royal Brunei Land Force (3Bn RBAF) has been involved in providing their support in the establishment of an isolation facility, COVID-19 Holding Area Lumut Camp (CHALC), in Kuala Belait, as part of the continuous effort to contain COVID-19 pandemic in the nation.

The preparation of CHALC at one of the Lumut Camp's Barrack Building had been inspected in advance by Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar Minister of Health, on 22 August 2021.

Additionally, the 3Bn RBAF has also established Task Groups, Task Group Bravo One, Task Group Bravo Three, and Task Group Bravo Five, in dealing with the pandemic. Task Group Bravo One is tasked to assist visitors at the Swab and Vaccination Centre at Suri Seri Begawan Hospital, Kuala Belait, to comply with procedures and requirements during the pandemic and to ensure that the public crowd is under control; while Task Group Bravo Three to assist in transporting specimens from Suri Seri Begawan Hospital to Bridex AirLab Virology using military transport for further study; and Task Group Bravo Five to assist medical staff in providing vaccinations to the public at the Vaccination Center, Suri Seri Begawan Hospital, Kuala Belait. 

Prior to this, the military personnel involved attended a two-day course at the Ong Sum Ping Health Centre in Bandar Seri Begawan to learn clinical procedures as vaccinators and methods to wear the Personal Protective Equipment (PPE) as a precaution while performing duties as front liners. Those involved are working according to a set schedule from 8 am to 8 pm (Monday - Thursday, Saturday and Sunday).

The 3Bn RBAF is handling the COVID-19 pandemic with Other Government Agencies (OGA) and Non-Governmental Organisations (NGO) as part of the country's Whole of Nation approach.






PENUBUHAN COVID 19 HOLDING AREA LUMUT CAMP (CHALC) DAN TASK GROUP DARIPADA BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Ahad, 05 September 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) turut mendukung dalam menyediakan pusat pengasingan diri, Covid-19 Holding Area Lumut Camp (CHALC) di Daerah Belait sebagai sebahagian dari usaha yang berterusan dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Persiapan CHALC yang sediakan di salah sebuah Bangunan Barek Kelamin Kem Lumut telah ditinjau lebih awal oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham  bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, pada 22 Ogos 2021.

Sebagai tambahan, 3Bn TDDB juga menubuhkan tiga buah Task Group iaitu Task Group Bravo One, Task Group Bravo dan Task Group Bravo Five bagi menangani pandemik ini Task Group One telah ditugaskan bagi membantu pelawat di Pusat Swab dan Vaksinasi di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait untuk mematuhi prosedur serta keperluan semasa musim pandemik dalam mengunjungi perkhidmatan-perkhidmatan perubatan, dan memastikan bahawa orang ramai adalah dalam keadaan terkawal; manakala Task Group Bravo Three ditugaskan untuk memberikan bantuan dalam mengangkut spesimen dari Hospital Suri Seri Begawan ke Bridex AirLab Virology dengan menggunakan pengangkutan tentera untuk dikaji lebih lanjut; dan Task Group Bravo Five bagi membantu kakitangan perubatan dalam memberikan vaksinasi kepada orang awam di Pusat Vaksinasi, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. 

Anggota-anggota tentera yang terlibat ini terlebih dahulu telah mengikuti kursus selama 2 hari untuk mempelajari prosedur-prosedur klinikal sebagai penyuntik vaksin di Pusat Kesihatan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, dan juga cara pemakaian peralatan pelindungan peribadi (PPE) yang betul sebagai langkah berjaga-jaga ketika menjalankan tugas sebagai barisan hadapan. Mereka yang terlibat bekerja mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu bermula     8 pagi hingga 8 malam (Isnin - Khamis, Sabtu & Ahad).

Pihak 3Bn TDDB sedang menangani pandemik ini bersama Agensi-Agensi Kerajaan Lain (OGA) mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai sebahagian daripada Whole of Nation approach.


Attachments