Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF HELD TAKBIR RAYA AIDILFITRI 1442 HIJRAH

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 13 May 2021 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Takbir Raya Aidilfitri to celebrate the beginning of Syawal 1442H at Ad-Difa' Surau, Bolkiah Garrison tonight.

Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, officers and staff of the Ministry of Defence as well as the RBAF.

The function began with a mass Fardhu Isyak prayer led by Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam of Ad-Difa’ Surau. The function continued with tazkirah followed by takbir and the recitation of doa.  

Similar functions were also held at all suraus in RBAF garrisons, camps and bases.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGADAKAN TAKBIR RAYA AIDILFITRI 1442 HIJRAH

BOLKIAH GARISON, Khamis, 13 Mei 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Takbir Raya Aidilfitri bagi menyambut kedatangan bulan Syawal 1442H bertempat di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison malam ini. 

Hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai tentera dan awam serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis bermula dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah dipimpin oleh Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’. Majlis kemudian diteruskan dengan tazkirah diikuti dengan laungan takbir dan bacaan doa.

Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB.


Attachments