Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER CONVENED A VIDEO CONFERENCE WITH DEPUTY COMMANDER-IN-CHIEF OF DEFENSE SERVICES OF MYANMAR

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 18 February 2021 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) convened a video conference with Vice-Senior General Soe Win, Deputy Commander-in-Chief of Defense Services of Myanmar to prepare for the upcoming 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM-18). 

Also present were the RBAF Chief of Staff, Director of Intelligence and Head of Secretariat of the ACDFM-18.

During the call, the RBAF Commander expressed his appreciation for Myanmar’s continuous support for defence events hosted by Brunei Darussalam, especially those related to ASEAN and seek support from the Myanmar Armed Forces on initiatives proposed by the RBAF during the ACDFM-18 that will be held on 18 March 2021. 

Both parties also acknowledged that Brunei Darussalam and Myanmar had made significant progress in elevating military-to-military relationship through personnel courses and training, including efforts to further enhance cooperation through the existing initiatives and building towards a resilient and future-ready ASEAN.

This video conference marks the first of a series of video conferences that will take place with other ASEAN member states in preparation for the upcoming ACDFM-18. 

*****************************

PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN PERJUMPAAN ATAS TALIAN BERSAMA DEPUTY COMMANDER-IN-CHIEF OF DEFENSE SERVICES, MYANMAR

BOLKIAH GARISON, Khamis, 18 Februari 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perjumpaan atas talian bersama Vice-Senior General Soe Win, Deputy Commander-in-Chief of Defense Services, Myanmar sebagai persiapan bagi mesyuarat 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM-18).

Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB, Pengarah Perisikan dan Ketua Sekretariat mesyuarat ACDFM-18.

Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan berterusan pihak Myanmar bagi acara ketenteraan yang dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam, terutama yang berkaitan dengan ASEAN. Pemerintah ABDB juga mengharapkan sokongan daripada Myanmar Armed Forces terhadap inisiatif yang dicadangkan oleh ABDB semasa mesyuarat ACDFM-18 yang akan diadakan pada 18 Mac 2021. 

Kedua-dua pihak juga mengakui bahawa Negara Brunei Darussalam dan Myanmar telah mencapai perkembangan yang signifikan dalam meningkatkan hubungan ketenteraan melalui kursus dan latihan anggota tentera termasuk usaha untuk meningkatkan lagi kerjasama melalui inisiatif yang sedia ada dan mengembangluaskannya ke arah ASEAN yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan.

Persidangan video ini menandakan yang pertama dari beberapa perjumpaan atas talian yang akan diadakan dengan negara-negara ASEAN yang lain bagi persediaan ACDFM-18.


Attachments