Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI AIRFORCE BIDS FAREWELL TO BELL 212

RIMBA AIR BASE, Friday 1 August 2014 - The Royal Brunei Air Force Bell 212 made its final flight on the 1 August 2014 when three helicopters conducted a flyby past Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Training Institute Royal Brunei Armed Forces and finally Rimba Air Force Base. Joining the flight was the Commander of the Royal Brunei Air Force, Brigadier General (U) Hj Wardi bin Hj Abdul Latip who was a pilot of the Bell 212 during the early stages of his flying career.

The Bell 212 started its service with the Air Wing in February 1974 where the first batch of 4 aircrafts served under the banner of No.1 Squadron. The acquisition of Bell 212 was carried out with the intention to replace the Bell 205 as the Bell 212 aircrafts featured extra power and enhanced safety measure with its twin-engine capability. One of the main roles played by the aircrafts was to ferry Flying Doctor service to rural areas in Negara Brunei Darussalam. This role was carried out by Bell 212 since the beginning of its service in 1974 until the last day of its service in 2014. The Bell 212 was a proven helicopter due to its versatility and eventually it became the workhorse of Royal Brunei Air Force. Additionally it was even able to undertake multi-tasking especially for Brunei open terrain and complex confine jungle operations.

Other tasks performed by the Bell 212 includes Search and Rescue Operation, provision of suppression fire power and logistic delivery through abseil or jungle line resupply. It also can deliver troops inside confined areas using multi-rope abseiling and fast roping for assaulting troops.  Throughout the service it has undergone various upgrades, with the latest upgrade in late 1990s enabling the Bell 212 fleet to be able to perform night operations using Night Vision Goggle (NVG).

The total remaining team to operate the Bell 212 was made up of 43 personnel which include the Aircrew and the Engineering teams. The team for the decommissioning is led by Lt Col (U) Jasmin, one of the senior pilots who still maintains operational currency on Bell 212 until today. Maj (U) Hishamuddin who used to be the Officer Commanding of No.1 Squadron and Maj (U) Hismawadi in his capacity as Officer Commanding Standard Squadron actively keeping his role as maintenance test pilot for the Bell 212.

The Royal Brunei Air Force, and in particular No.1 Squadron, is sure to miss the Bell 212 with its twin bladed roaring sound in the air.


PERPISAHAN BAGI PESAWAT BELL 212

RIMBA, Jumaat 1 Ogos 2014 - Pesawat Bell 212 Tentera Udara Diraja Brunei telah mengukir sejarah dengan membuat penerbangan yang terakhir pada 1 Ogos 2014 yang mana tiga pesawat jenis helikopter tersebut membuat penerbangan di dalam formasi merentas Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Institut Latihan Diraja Brunei dan diakhiri dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei. Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (U) Hj Wardi bin Abdul Latip yang mana beliau juga merupakan salah seorang juruterbang pesawat Bell 212 di fasa awal kerjaya penerbangan beliau.

Pesawat Bell 212 memulakan perkhidmatannya di dalam Cawangan Udara pada bulan Februari 1974 selepas empat pesawat jenis tersebut menyertai No. 1 Skuadron. Pemerolehan Bell 212 telah dilaksanakan bertujuan bagi menggantikan pesawat Bell 205 yang mana pesawat Bell 212 yang menonjolkan kuasa tambahan dan peningkatan dari segi langkah keselamatan dan mempunyai keupayaan enjin kembar. Salah satu peranan utama dimainkan oleh pesawat jenis ini ialah perkhidmatan pengangkutan udara bagi doktor ke kawasan luar bandar di Negara Brunei Darussalam. Peranan ini telah dijalankan oleh pesawat Bell 212 sejak permulaan perkhidmatannya dalam 1974 sehingga hari terakhir perkhidmatannya pada tahun 2014. Bell 212 ialah sebuah helikopter yang terbukti keupayaannya disebabkan keserbabolehannya dan akhirnya ia menjadi tonggak kekuatan Tentera Udara Diraja Brunei. Tambahan pula ia bukan sahaja berupaya untuk menjalankan pelbagai tugas di kawasan terbuka Brunei, malahan juga di kawasan hutan yang kompleks dan tertutup.

Tugas-tugas lain yang dilaksanakan oleh Bell 212 termasuk Operasi Mencari dan Menyelamat, penyediaan kuasa api penindasan dan penghantaran logistik melalui abseil atau jungle line resupply. Pesawat ini juga memainkan peranan di dalam menghantar anggoa tentera di dalam kawasan terhad menggunakan multi-rope abseiling dan fast roping bagi terup penyerang. Sepanjang perkhidmatan pesawat ini, ianya telah melalui pelbagai peningkatan dari segi keupayaan, yang mana pada lewat 1990-an, pesawat ini dinaiktarafkan dengan keupayaan Night Vision Goggle membolehkan pesawat Bell 212 melakukan operasi malam.

Jumlah pasukan yang mengendalikan pesawat Bell 212 terdiri daripada 43 anggota termasuk juruterbang dan kru pesawat serta pasukan kejuruteraan. Pasukan untuk penyahtauliahan pesawat Bell 212 diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Jasmin, yang merupakan salah seorang juruterbang kanan yang masih mengekalkan currency operasi di Bell 212 sehingga hari ini. Mejar (U) Hishamuddin yang pernah menjadi Pegawai Memerintah Skuadron No.1 dan Mejar (U) Hismawadi di dalam kapasiti sebagai Pegawai Memerintah Skuadron Piawaian aktif menjaga peranannya sebagai perintis ujian penyelenggaraan bagi pesawat Bell 212.

Tentera Udara Diraja Brunei dan No. 1 Skuadron khususnya akan merindui gemuruh bunyi penerbangan Bell 212 di udara.

 

Attachments