Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Commander of the Royal Brunei Navy Receives Prestigious Military Award

SINGAPORE, Thursday 27 January 2011 - The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), Col (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah, was conferred Singapore's prestigious military award, the Pingat Jasa Gemilang (Tentera) [or Meritorious Service Medal (Military)], by Deputy Prime Minister and Minister for Defence Teo Chee Hean at an investiture held at the Ministry of Defence this afternoon.

The medal was awarded to Col (L) Haji Abdul Halim in recognition of his commitment to deepening the relations between the RBN and the Republic of Singapore Navy (RSN).

Under Col (L) Haji Abdul Halim’s leadership, bilateral cooperation between the RBN and the RSN has grown from strength to strength. Col (L) Haji Abdul Halim’s commitment to deepening the navy-to-navy relations between Singapore and Brunei has helped improve bilateral cooperation in maritime security and information sharing.   The RBN and RSN engage regularly in a broad range of activities, which include professional exchanges and bilateral exercises. These extensive interactions have strengthened the camaraderie and friendship between the personnel of the two navies.

Col (L) Haji Abdul Halim, who is in Singapore from 27 to 29 Jan 2011, called on Mr Teo, Chief of Defence Force Lieutenant-General Neo Kian Hong and Chief of Navy Rear-Admiral Chew Men Leong before the investiture.


PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TERIMA ANUGERAH PINGAT TENTERA

SINGAPURA, Jumaat 28 Januari 2011 - Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) Kolonel(L) Haji Abdul Halim Haji Mohd Hanifah, menerima anugerah tentera berprestij dari Republik Singapura, Pingat Jasa Gemilang (Tentera), oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Teo Chee Hean di majlis penganugerahan pingat di Kementerian Pertahanan Singapura hari ini.

Pingat itu dianugerahkan kepada Komander TLDB sebagai mengiktiraf komitmennya memantapkan lagi hubungan di antara TLDB dan Tentera Laut Republik Singapura. Di bawah kepimpinannya, kerjasama dua hala di antara TLDB dan Tentera Laut Republik Singapura semakin bertambah mantap dari semasa ke semasa.

Komitmen Kolonel (L) Haji Abdul Halim untuk memantapkan hubungan tentera laut antara kedua-dua negara membantu untuk menambahbaikkan kerjasama dua dalam keselamatan maritim dan perkongsian maklumat.

TLDB dan Tentera Laut Republik Singapura kerap terbabit dalam pelbagai aktiviti yang termasuk pertukaran profesional dan latihan bersama. Interaksi yang ekstensif ini semakin memperkukuhkan semangat keakraban dan persahabatan di antara para anggota kedua-dua pasukan tentera laut.

Komander TLDB yang kini dalam rangka lawatan ke Singapura bermula 27 hingga 29 Januari 2011, membuat kunjungan hormat kepada Teo, Ketua Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Neo Kian Hong dan Ketua Laksamana Muda Tentera Laut Chew Men Leong sebelum majlis penyampaian pingat berlangsung.



Attachments