Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JASAMU DIKENANG CEREMONY HELD TO COMMEMORATE RETIRED RBAirF SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS

Rimba Air Force Base, Friday, 28 November 2025 – The Warrant Officers, Staff Sergeants, and Sergeants’ Mess of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) organised a “Jasamu Dikenang” Ceremony to honour a total of 60 retired members of the mess. The ceremony was held as a gesture of gratitude and recognition for the commitment, loyalty and invaluable contributions of RBAirF Senior Non-Commissioned Officers’ (SNCO) who have retired between January 2023 to July 2024. 

Present as Guest of Honour for the event was Warrant Officer 1 (U) Pg Hj Redzaini bin Pg Hj Ahmad, the Air Force Sergeant Major (AirFSM). Also in attendance were serving SNCO RBAirF personnel underscoring continued commitment towards fostering unity and strengthening camaraderie as well as respect between serving and retired members of the RBAirF SNCO community. The ceremony concluded with a presentation of souvenirs to the retirees, symbolizing appreciation for their dedication and service. 

The “Jasamu Dikenang” ceremony not only served as an essential platform to acknowledge the commitment and sacrifices made by these personnel throughout their careers, but also to highlight the crucial roles they played in supporting operational readiness as well as at enhancing professionalism within the RBAirF. Their dedicated services have significantly shaped the organisation's development as well as inspiring current and future RBAirF SNCO generation towards continued excellence. 


MAJLIS JASAMU DIKENANG BAGI MERAIKAN PEGAWAI-PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN TUDB YANG TELAH BERSARA 

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 28 November 2025 – Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menganjurkan Majlis “Jasamu Dikenang” khusus bagi menghargai seramai 60 ahli mes yang telah bersara. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan atas komitmen, kesetiaan dan sumbangan yang tidak ternilai para-para Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan TUDB yang telah bersara di antara Januari 2023 hingga Julai 2024. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Pegawai Waran 1 (U) Pg Hj Redzaini bin Pg Hj Ahmad, Sarjan Mejar Tentera Udara (SMTU). Turut hadir ialah PTB-PTB kanan TUDB yang masih berkhidmat, menzahirkan komitmen berterusan dalam memupuk perpaduan dan mengukuhkan hubungan silaturahim serta rasa hormat di kalangan anggota yang masih berkhidmat dan telah bersara dalam komuniti PTB Kanan TUDB. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para pesara sebagai simbol penghargaan atas dedikasi dan khidmat bakti yang ditaburkan. 

Majlis “Jasamu Dikenang” ini bukan sahaja menjadi platform penting untuk mengiktiraf komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pesara sepanjang berkhidmat, bahkan juga untuk menekankan betapa penting peranan mereka dalam menyokong kesiapsiagaan operasi serta meningkatkan profesionalisme di kalangan warga TUDB. Khidmat bakti yang telah ditaburkan telah banyak membentuk pembangunan organisasi serta menjadi inspirasi kepada generasi PTB-PTB Kanan TUDB masa kini dan masa hadapan ke arah kecemerlangan berterusan.