Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMANDER RECEIVES FAREWELL CALL FROM OUTGOING DEPUTY COMMANDER AND CHIEF OF STAFF

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 20 November 2025 – Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), received a farewell courtesy call from the outgoing Deputy Commander, Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, and the outgoing Chief of Staff, Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh. Both officers have rendered nearly 30 years of dedicated service to the Royal Brunei Armed Forces.

During the call, both outgoing officers expressed their sincere gratitude to the Commander for his steadfast support throughout their tenure and across their careers in the RBAirF. They also conveyed full confidence in their successors, Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley as the new Deputy Commander, and Lieutenant Colonel (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Haji Raya as the new Chief of Staff, as the organisation continues its leadership transition.

The Commander reaffirmed his deepest appreciation to both officers for their exemplary service, dedicated leadership, and significant contributions to the development and readiness of the RBAirF. He also expressed his full support for the incoming senior leadership team as they continue steering the force towards strengthened professionalism and operational excellence.

The farewell courtesy call concluded with a high-tea session attended by senior officers of the RBAirF at the Layang-Layang Hall, Rimba Air Force Base.


PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA TIMBALAN PEMERINTAH DAN KETUA STAF TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 20 November 2025 – Brigedier Jeneral  (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Timbalan Pemerintah TUDB yang akan menamatkan perkhidmatan, Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, dan Ketua Staf TUDB yang akan menamatkan perkhidmatan, Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh. Kedua-dua pegawai, yang menamatkan hampir 30 tahun perkhidmatan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pegawai berkenaan menyampaikan penghargaan tulus kepada Pemerintah TUDB atas sokongan padu yang telah diberikan sepanjang tempoh mereka memegang jawatan dan sepanjang kerjaya mereka dalam TUDB. Mereka juga menyatakan keyakinan penuh terhadap pegawai pengganti masing-masing, iaitu Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley sebagai Timbalan Pemerintah TUDB yang baharu, dan Leftenan Kolonel (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Haji Raya sebagai Ketua Staf TUDB yang baharu, selaras dengan transisi kepimpinan organisasi.

Pemerintah TUDB merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada kedua-dua pegawai atas khidmat cemerlang, kepimpinan berdedikasi dan sumbangan signifikan mereka dalam memperkembangkan keupayaan serta kesiapsiagaan TUDB. Beliau turut menyatakan sokongan penuhnya kepada kepimpinan baharu dalam meneruskan usaha memperkukuhkan profesionalisme dan kecemerlangan operasi.

Kunjungan perpisahan tersebut diakhiri dengan majlis minum petang bersama pegawai-pegawai kanan TUDB yang diadakan di Dewan Layang-Layang, Pangkalan Tentera Udara Rimba.