RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, November 20, 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Handover and Takeover Ceremony for the position of Chief of Staff at the Rimba Air Force Base Headquarters. The ceremony marked the official transfer of duties from Colonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh to Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, with the appointment taking effect on November 21, 2025. The event was attended by senior officers, officers, and personnel from the RBAirF Headquarters, highlighting the organisation's strong sense of unity.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, the RBAirF Religious Teacher. This was followed by a farewell speech delivered by Colonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, in which he expressed his heartfelt gratitude to His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the trust and confidence bestowed upon him to hold the position and its responsibilities. He also reflected on his tenure and extended his sincere appreciation to all RBAirF personnel for their unwavering support and dedication throughout his service.
As part of the formal proceedings, the Handover and Takeover Certificate was signed, symbolising the official transfer of responsibilities. The newly appointed Chief of Staff, Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, then delivered his inaugural remarks. He expressed his gratitude for the trust placed in him and shared his hopes for ongoing commitment and professionalism among RBAirF's airmen and airwomen. He also reaffirmed his dedication to strengthening operational readiness and advancing the organisation's pursuit of excellence, in line with RBAirF's leadership vision.
A photo session was later held to commemorate this important milestone.
The RBAirF extends its warmest congratulations to Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya and expresses its deep appreciation to Colonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh for his distinguished service of nearly 30 years, including almost four years of dedicated leadership as Chief of Staff. This smooth transition of command highlights the professionalism, continuity, and steadfast values that define the RBAirF.



.JPG)


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 20 November 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Ketua Staf bertempat di Markas Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis tersebut menandakan penyerahan tugas rasmi daripada Kolonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh kepada Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, dengan pelantikan berkuat kuasa pada 21 November 2025. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta warga Markas TUDB, melambangkan semangat perpaduan dalam organisasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Seterusnya, Kolonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh menyampaikan ucapan perpisahan, di mana beliau menzahirkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepercayaan yang telah diberikan untuk memegang jawatan tersebut beserta tanggungjawabnya. Beliau turut mengenang perjalanan perkhidmatannya dan merakamkan penghargaan ikhlas kepada seluruh warga TUDB atas sokongan padu dan dedikasi mereka sepanjang tempoh beliau berkhidmat.
Sebagai sebahagian daripada acara rasmi, Sijil Serah Terima Tugas telah ditandatangani, melambangkan penyerahan tanggungjawab secara rasmi. Ketua Staf yang baharu, Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, kemudian menyampaikan ucapan sulung beliau. Dalam ucapan tersebut, beliau menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan menyatakan harapan agar semua warga TUDB terus mengekalkan komitmen dan profesionalisme. Beliau juga menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi dan memajukan kecemerlangan organisasi selaras dengan visi kepimpinan TUDB.
Sesi bergambar turut diadakan bagi mengabadikan detik penting ini.
TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya serta menyampaikan setulus-tulus penghargaan kepada Kolonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh atas hampir 30 tahun perkhidmatan cemerlang beliau, termasuk hampir 4 tahun memegang amanah sebagai Ketua Staf. Peralihan kepimpinan yang berjalan dengan lancar ini menyerlahkan profesionalisme, kesinambungan, dan nilai-nilai teras yang sentiasa dikekalkan oleh TUDB.
.JPG)


