Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

EDUCATIONAL VISIT FROM SEKOLAH RENDAH KASAT DAN SEKOLAH MENEGAH YAYSAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH TO ROYAL BRUNEI AIRFORCE

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 12 November 2025 - Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted an educational visit from Kasat Primary School and Yayasan Sultan Haji Hassnal Bolkiah Secondary School, comprising 68 students and 8 teachers as part of their school activity to provide students with the unique opportunity to learn about the roles and equipments of the RBAirF.

The group was welcomed and briefed by Staff Sergeant (U) Ampuan Mohammad Ridzuan bin Ampuan Mohammad, who introduced the visitors to RBAirF and guided them on a tour to the static display showcasing the assets and equipment used by the RBAirF. The visit also included activities for the students, enabling them to interact with RBAirF personnel and gain hands-on experience with the assets.

The purpose of this educational visit is to help students gain an understanding of the roles and responsibilities of the RBAirF, while also inspiring interest in joining the service and pursuing future careers within the Royal Brunei Armed Forces.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH RENDAH KASAT DAN SEKOLAH MENENGAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 12 November 2025 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima satu lawatan sambil belajar dari Sekolah Rendah Kasat dan Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang terdiri daripada 68 orang pelajar dan 8 guru telah diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti sekolah, bagi memberikan peluang pembelajaran unik untuk mengenali peranan serta kelengkapan yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Brunei.

Rombongan tersebut telah disambut dan diberikan taklimat oleh Staff Sarjan (U) Ampuan Mohammad Ridzuan bin Ampuan Mohammad yangmana beliau telah memperkenalkan para pelajar kepada fungsi dan peranan TUDB serta mengiringi mereka dalam lawatan ke pameran statik yang menampilkan aset dan peralatan operasi TUDB. Lawatan tersebut turut diteruskan dengan beberapa aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota TUDB serta mendapatkan pengalaman praktikal bekaitan aset yang dipamerkan.

Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk membantu pelajar memahami peranan dan tanggungjawab TUDB di samping menyemai minat untuk menyertai perkhidmatan dan membina kerjaya pada masa hadapan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.