SINGAPORE, Thursday 30 October 2025
– The 71st International Congress of Aviation and Space Medicine (ICASM) 2025 took place in Singapore from 27 October to 30 October 2025. The congress was co-organised by the Society of Aviation Medicine and Psychology Singapore (SAMPS) and the International Academy of Aviation and Space Medicine (IAASM), with support from the Republic of Singapore Air Force (RSAF). This year's theme, “Soaring Towards New Horizons in Aviation and Space Medicine", brought together approximately 500 delegates from over 46 countries.
Major (Dr) Ranald bin Mohd Faizal, Senior Medical Officer for the Medical Reception Station (MRS) at Rimba Air Force Base, represented the Royal Brunei Armed Forces Medical Services to further strengthen professional networks and explore collaborative opportunities in aviation medicine and aeromedical evacuation training.
The participation provided valuable updates on emerging evidence-based practices across aviation psychology, cardiology, ophthalmology, and related specialities. In view of the C295MW aircraft capability within the Royal Brunei Air Force (RBAirF), discussions also centred on enhancing Aeromedical Evacuation (AME) proficiency and charting potential pathways for future cooperation with international partners.
.jpeg)
.jpeg)

KONGRES ANTARABANGSA
AVIATION AND SPACE MEDICINE
2025
(ICASM)
YANG KE-71
SINGAPURA, Khamis 27 Oktober 2025 - Kongres Antarabangsa Aviation and Space Medicine (ICASM) 2025 yang ke-71 telah dikendalikan pada 27 Oktober hingga 30 Oktober 2025 di Republik Singapura. Kongres ini telah dianjurkan oleh Aviation Medicine and Psychology Singapore (SAMPS) dan International Academy of Aviation and Space Medicine (IAASM) dengan sokongan daripada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF). Tema kongres pada tahun ini, “Soaring Towards New Horizons in Aviation and Space Medicine", telah menghimpunkan sekitar 500 delegasi daripada lebih 46 buah negara.
Mejar (Dr) Ranald bin Mohd Faizal, Pegawai Perubatan Kanan bagi Khidmat Perubatan dan Kesihatan di Pangkalan Tentera Udara Rimba, telah mewakili Khidmat Perubatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam usaha memperkukuhkan jaringan profesional dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang perubatan penerbangan serta latihan Pemindahan Perubatan Udara (AME).
Penyertaan ini telah memberikan maklumat bernilai serta perkembangan terkini berdasarkan amalan berasaskan bukti dalam pelbagai bidang berkaitan seperti psikologi penerbangan, kardiologi, oftalmologi dan lain-lain disiplin berkaitan. Dengan pengoperasian pesawat C295MW dalam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), perbincangan turut menumpukan kepada pengukuhan keupayaan Pemindahan Perubatan Udara (AME) serta hala tuju kerjasama masa hadapan bersama rakan-rakan antarabangsa yang turut hadir dalam kongres berkenaan.
