Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FIVE SENIOR OFFICERS OF THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE PROMOTED IN CEREMONY AT BOLKIAH GARRISON

​​BOLKIAH GARRISON, Friday, 31 October 2025 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, five senior officers from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) were promoted in a ceremony held at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison.

The presentation of rank insignias was officiated by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The ceremony was also attended by Acting Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Members of the RBAF Executive Committee; Directors and Senior Officers of the Ministry of Defence; as well as family members of the promoted Officers.

Promoted to the rank of Colonel were Lieutenant Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin and Lieutenant Colonel (U) Suhaimi bin Awang Jamali, while Lieutenant Colonel (U) Pg Mohamad Zulhusmi bin Pg Mohd Roslan, Lieutenant Colonel (U) Mohd Fazley bin Hasabullah and Lieutenant Colonel (U) Md Zabri bin Abd Rahman were promoted to the rank of Substantive Lieutenant Colonel.

The Royal Brunei Air Force extends its heartfelt congratulations to the officers for their well-deserved promotions and expresses sincere appreciation to their families for their continuous encouragement and support, which remain integral to the success and steadfast dedication of all RBAirF personnel.


LIMA PEGAWAI KANAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DINAIKKAN PANGKAT DALAM MAJLIS DI MES PEGAWAI BOLKIAH GARISON

BOLKIAH GARISON, Juma'at, 31 Oktober 2025 – Atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai lima pegawai kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dalam majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.

Penyampaian lencana kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Badan Eksekutif ABDB, Pengarah-Pengarah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ahli keluarga pegawai yang dinaikkan pangkat.

Antara pegawai kanan yang dinaikkan pangkat ialah Leftenan Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin dan Leftenan Kolonel (U) Suhaimi bin Awang Jamali yang dinaikkan pangkat ke Kolonel, manakala Leftenan Kolonel (U) Pg Mohamad Zulhusmi bin Pg Mohd Roslan, Leftenan Kolonel (U) Mohd Fazley bin Hasabullah dan Leftenan Kolonel (U) Md Zabri bin Abd Rahman dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel Tetap.

Tentera Udara Diraja Brunei merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pegawai-pegawai berkenaan atas kenaikan pangkat tersebut serta menyampaikan penghargaan kepada keluarga masing-masing atas sokongan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi, yang menjadi asas kepada kejayaan dan dedikasi semua warga TUDB.