Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

EDUCATIONAL VISIT FROM SEKOLAH RENDAH RIMBA 1 CLUSTER 3 TO ROYAL BRUNEI AIR FORCE

​Thursday, 30 October 2025 - Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted an educational visit from Sekolah Rendah Rimba 1 Cluster 3, comprising 70 students and 7 teachers as part of their school activity to provide students with the unique opportunity to learn about the roles and equipment of the RBAirF.

The group was welcomed and briefed by Lieutenant (U) Abdul Qawie bin Abidin from No. 7 Wing, Training Group, RBAirF, who introduced them to RBAirF and guided them on a tour to the static display showcasing the assets and equipment used by the RBAirF.

The visit also includes activities for the students, enabling them to interact with RBAirF personnel and gain hands-on experience with the assets.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH RENDAH RIMBA 1 KLUSTER 3 KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

Khamis, 30 Oktober 2025 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima satu lawatan sambil belajar dari Sekolah Rendah Rimba 1 Kluster 3, yang terdiri daripada 70 orang pelajar dan 7 guru telah diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti sekolah mereka, bagi memberikan peluang pembelajaran unik untuk mengenali peranan serta kelengkapan yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Brunei(TUDB).

Rombongan tersebut telah disambut dan diberikan taklimat oleh Leftenan (U) Abdul Qawie bin Abidin daripada Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, TUDB, memperkenalkan para pelajar kepada fungsi dan peranan TUDB serta mengiringi mereka dalam lawatan ke pameran statik yang menampilkan aset dan peralatan operasi TUDB.

Lawatan tersebut turut diteruskan dengan beberapa aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota TUDB serta mendapatkan pengalaman praktikal berkaitan aset yang dipamerkan.