Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SEKOLAH RENDAH TUTONG KEM, KLUSTER 5 VISIT TO ROYAL BRUNEI AIR FORCE

​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 20 October 2025 - An educational visit from Sekolah Rendah Tutong Kem, Kluster 5 comprising 31 students and 5 teachers was held as part of their school activity to provide students with the unique opportunity to learn about the roles and equipments of the RBAirF.

The group was welcomed and briefed by Staff Sergeant (U) Mohammad Sanusei bin Hj Nordin who introduced them to RBAirF and guided them on a tour to the static display showcasing the assets and equipment used by the RBAirF. The visit also includes activities for the students, enabling them to interact with RBAirF personnel and gain hands-on experience with the assets.

The aim of this learning visit was for the students to understand the roles and responsibilities of the RBAirF as well as possibly sparking an interest among the students to join the service and have future careers within the Armed Forces.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI SEKOLAH RENDAH TUTONG KEM, KLUSTER 5 KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 20 Oktober 2025 – Satu lawatan sambil belajar dari Sekolah Rendah Tutong Kem, Kluster 5 yang terdiri daripada 31 orang pelajar dan 5 guru telah diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti sekolah mereka, bagi memberikan peluang pembelajaran unik untuk mengenali peranan serta kelengkapan yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Rombongan tersebut telah disambut dan diberikan taklimat oleh Staf Sarjan (U) Mohammad Sanusei bin Haji Nordin, memperkenalkan para pelajar kepada fungsi dan peranan TUDB serta mengiringi mereka dalam lawatan ke pameran statik yang menampilkan aset dan peralatan operasi TUDB. Lawatan tersebut turut diteruskan dengan beberapa aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota TUDB serta mendapatkan pengalaman praktikal berkaitan aset yang dipamerkan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai tanggungjawab dan peranan TUDB dalam mempertahankan kedaulatan negara, di samping menyemai minat dan semangat patriotisme agar mereka beraspirasi untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan pada masa hadapan.