Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

DIALOGUE SESSION WITH THE RBAirF COMMANDER FOR JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 3 October 2025 - The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, convened a Muzakarah session with Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) of the RBAirF at Dewan Punai, Rimba Air Force Base.

A total of 310 JNCOs attended the session aimed at reinforcing the Air Force's core values, strengthening discipline and integrity, and enhancing the overall professionalism of personnel. The session also provided a platform to discuss career progression pathways, encourage understanding of Maqasid Syariah principles, and foster unity and teamwork across the ranks.

In his address, Brigadier General (U) Haji Haszahaidi emphasised that every member of the Air Force carries the shared responsibility of upholding the service's honour and reputation. He reiterated that discipline and integrity are the cornerstones of professional conduct, reminding attendees that each rank and position contributes significantly to maintaining the RBAirF's operational effectiveness and public trust.

He further highlighted that the strength of the organisation lies not only in its capabilities and assets, but more importantly in the commitment and moral conduct of its people, with each serving member being an invaluable asset in safeguarding the image of the Royal Brunei Air Force.


SESI MUZAKARAH BERSAMA PEMERINTAH TUDB BAGI PERINGKAT PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH RENDAH


PANGKALAN UDARA RIMBA, Jumaat, 3 Oktober 2025 - Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan sesi Muzakarah bersama Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) TUDB yang berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Seramai 310 anggota PTB Rendah telah hadir dalam sesi yang diadakan bagi memperkukuhkan nilai-nilai teras TUDB, mempertingkatkan tahap disiplin dan integriti serta memperkukuhkan profesionalisme dalam kalangan warga TUDB. Sesi tersebut juga menjadi wadah untuk membincangkan hala tuju perkembangan kerjaya, menerapkan pemahaman asas Maqasid Syariah serta memupuk perpaduan dan semangat kerjasama antara warga tentera udara.

Dalam ucapannya, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi menegaskan bahawa setiap anggota memikul tanggungjawab bersama dalam memelihara maruah dan imej TUDB. Beliau menyatakan bahawa disiplin dan integriti merupakan tonggak utama dalam setiap pelaksanaan tugas, di mana setiap pangkat dan jawatan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keberkesanan operasi serta kepercayaan awam terhadap perkhidmatan TUDB.

Beliau turut menekankan bahawa kekuatan organisasi bukan hanya bergantung kepada keupayaan dan aset yang dimiliki, malah kepada komitmen dan akhlak setiap anggota yang berkhidmat, yang merupakan aset paling berharga dalam mempertahankan imej TUDB.