Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

APPOINTMENT CEREMONY OF RBAirF SERGEANT MAJORS

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 26 September 2025 – Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Commander of the Royal Brunei Air Force, formally presented the Rank Insignia, Sam Browne and Pace Stick to the newly appointed Sergeant Majors, signifying their appointments in the Royal Brunei Air Force (RBAirF).

The ceremony, held at Rajawali Hall, RBAirF Headquarters, was attended by the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, and Senior Ranks, reflecting the significance placed on recognising leadership roles among the Other Ranks.

Among the recipients were WO1 (U) Muhd Salihan bin Abdullah Likin, appointed as the new Base Sergeant Major; WO2 (U) Mohammad Shahrul bin Shrain, as the Drill Sergeant Major for the Training Group; and SSgt (U) Ahmad Murtadha bin Bangok, as the Drill Sergeant Major for the Support Group.

These appointments symbolise the next generation of leadership within the other ranks as they carry forward the legacy of upholding the core values of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the RBAirF, ensuring discipline, professionalism, and commitment remain central to the force.

The RBAirF congratulates the newly appointed Sergeant Majors and wishes them continued strength in carrying out their trust and responsibilities.


MAJLIS PERLANTIKAN SARJAN MEJAR TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 26 September 2025 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menyempurnakan penyampaian lencana pangkat, Sam Browne Belt dan Tongkat Penyukat kepada Sarjan-Sarjan Mejar yang baharu dilantik, menandakan perlantikan rasmi mereka dalam TUDB.

Majlis yang berlangsung di Ruang Rajawali, Markas TUDB ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-Pegawai Kanan serta PTB-PTB Kanan, yang mencerminkan kepentingan pengiktirafan kepimpinan di kalangan Lain-Lain Peringkat (LLP).

Antara penerima ialah PW1 (U) Muhd Salihan bin Abdullah Likin yang dilantik sebagai Sarjan Mejar Pangkalan TUDB; PW2 (U) Mohammad Shahrul bin Shrain sebagai Sarjan Mejar Kawad Kumpulan Latihan; dan SSjn (U) Ahmad Murtadha bin Bangok sebagai Sarjan Mejar Kawad Kumpulan Bantu.

Perlantikan ini melambangkan kesinambungan kepimpinan generasi pelapis dalam kalangan LLP TUDB. Ia membawa legasi dalam menegakkan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TUDB, memastikan disiplin, profesionalisme serta komitmen terus menjadi tunjang utama angkatan udara.

TUDB mengucapkan tahniah kepada Sarjan-Sarjan Mejar yang baharu dilantik dan mendoakan semoga mereka terus diberikan kekuatan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.