RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 23 September 2025 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Yang Berbahagia General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Chief of the Royal Malaysian Air Force, was conferred the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing. The conferment symbolises his significant contributions towards strengthening defence cooperation and marks an important milestone in relations between the two Air Forces.
Yang Berbahagia General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan also received a briefing on the RBAirF's key operations and strategic initiatives, followed by an aerial tour aboard the Sikorsky S-70i Blackhawk helicopter, which showcased Brunei's defence infrastructure and cultural landscape.
He then paid a courtesy call on Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, together with the RBAirF Board of Executives. In separate sessions, he engaged with Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, and Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. Discussions centred on future engagements, defence cooperation and new opportunities for collaboration between Brunei Darussalam and Malaysia.
To conclude the introductory visit, a welcoming dinner will be hosted by the RBAirF Commander in honour of Yang Berbahagia General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan RMAF, his spouse, Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abdul Shukor and his delegation. The event will further celebrate the close partnership between Brunei Darussalam and Malaysia while emphasising the importance of continued defence cooperation and regional security.





PANGLIMA TUDM MENERIMA LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 23 September 2025 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berbahagia Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), telah dikurniakan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Penganugerahan ini melambangkan sumbangan besar beliau dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan menjadi mercu tanda penting dalam hubungan erat kedua-dua Tentera Udara.
Yang Berbahagia General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan turut diberikan taklimat mengenai operasi utama serta inisiatif strategik TUDB, diikuti dengan
aerial tour menggunakan helikopter
Sikorsky S-70i Blackhawk yang memperlihatkan infrastruktur pertahanan dan landskap budaya Negara Brunei Darussalam.
Yang Berbahagia Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan TUDM juga mengadakan kunjungan hormat kepada Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB bersama Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB. Dalam sesi berasingan, beliau turut mengadakan kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), serta Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, di mana perbincangan menekankan penglibatan masa hadapan, kerjasama pertahanan dan peluang kerjasama baharu antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.
Bagi mengakhiri lawatan pengenalan ini, Majlis Makan Malam akan dihoskan oleh Pemerintah TUDB bagi meraikan Yang Berbahagia Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan TUDM dan Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abdul Shukor serta rombongan. Majlis ini akan terus meraikan hubungan erat di antara Brunei Darussalam dan Malaysia serta menekankan kepentingan kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau yang berterusan.



