Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE COMMANDER ATTENDS THE 22ND ASEAN AIR CHIEFS CONFERENCE

JAKARTA, Monday, 08 September 2025 – Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) attended the 22nd ASEAN Air Chiefs Conference (22nd AACC) hosted by the Indonesian Air Force, in Jakarta, Indonesia from 07 September to 10 September 2025.

The theme for this year's conference is "ASEAN Inclusivity and Sustainability of Non-Combatant Evacuation Operations" and began with the opening remarks by the Chairman, Air Chief Marshal Mohamad Tonny Harjono, Chief of Staff of the Indonesian Air Force. This is followed by the adoption of the agenda and the reporting of the minutes from the 12th ASEAN Air Forces Education and Training (12th AAFET), presided over by the chairman of the 22nd AACC.

The highlight of the conference was the exchange of views on this year's theme by every ASEAN Air Chief in which the Commander of the RBAirF emphasized RBAirF's commitment to developing a standardized framework for Non-Combatant Evacuation Operations (NEO) across the region. Highlighting the importance of “ASEAN Inclusivity and Sustainability of Non-Combatant Evacuation Operations," the RBAirF Commander mentioned contributing resources to the drafting of a new ASEAN NEO Framework and Standard Operating Procedure (SOP). This collaborative effort aims to ensure that all ASEAN citizens can be swiftly and compassionately evacuated during future crises, leveraging the unique strengths of each member nation's air force to build a unified and reliable regional response system.

The Commander of the RBAirF also had the opportunity to conduct Bilateral Calls with the other ASEAN Air Chiefs to discuss on the importance of maintaining bilateral relations and exploring additional opportunities for engagement such as exchange programs, Air Working Groups (AWG), and Subject Matter Expert Exchanges (SMEE) with the goal of building confidence and strengthening mutual trust among ASEAN Air Forces.

The ASEAN Air Chiefs Conference is an annual conference attended by all the ASEAN Air Chiefs on a basis of rotational chairmanship.


PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI PERSIDANGAN THE 22ND ASEAN AIR CHIEFS (22ND AACC)

JAKARTA, Isnin, 08 September 2025 – Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghadiri Persidangan The 22nd ASEAN Air Chiefs Conference (22nd AACC) yang dihoskan oleh Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI-AU), di Jakarta, Republik Indonesia dari 07 hingga 10 September 2025.

Persidangan tersebut yang bertemakan “ASEAN Inclusivity and Sustainability of Non-Combatant Evacuation Operations", dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi, Marsekal TNI Mohamad Tonny Harjono, Ketua Staf TNI-AU. Seterusnya persidangan tersebut diikuti dengan penerimaan agenda dan laporan minit Mesyuarat AAFET Ke-12 yang disaksikan oleh Pengerusi Persidangan.

Kemuncak persidangan 22nd AACC adalah pertukaran pandangan mengenai tema tahun ini oleh setiap Pemerintah Tentera Udara negara-negara ASEAN yang mana Pemerintah TUDB menekankan komitmen TUDB untuk membangunkan rangka kerja yang seragam bagi operasi Non-combatant Evacuation Operations (NEO) di seluruh rantau. Dengan mengetengahkan kepentingan "ASEAN Inclusivity and Sustainability of Non-Combatant Evacuation Operations" Pemerintah TUDB menyatakan hasrat untuk menyumbangkan keupayaan dan sumber kepada penggubalan rangka kerja dan Standard Operating Procedure (SOP) NEO ASEAN yang baharu. Usaha kerjasama ini bertujuan untuk memastikan semua warganegara ASEAN dapat dipindahkan dengan pantas dan penuh ihsan semasa krisis masa hadapan, dengan memanfaatkan kekuatan unik setiap angkatan udara negara anggota untuk membina sistem tindak balas serantau yang bersepadu dan boleh dipercayai.

Pemerintah TUDB juga berkesempatan untuk mengadakan Kunjungan Dua Hala dengan Pemerintah Tentera Udara negara-negara ASEAN yang lain bagi membincangkan kepentingan mengekalkan hubungan dua hala dan meneroka peluang tambahan untuk penglibatan seperti program pertukaran, Kumpulan Kerja Udara (KKU), dan pertukaran pakar bidang dengan matlamat membina keyakinan dan saling percaya antara Tentera Udara negara-negara ASEAN.

Persidangan AACC merupakan persidangan tahunan yang dihadiri oleh semua Pemerintah Tentera Udara negara-negara ASEAN berdasarkan pengendalian secara bergilir.