Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF Officer Attended The 5th Professional Airmanship Program in Tokyo, Japan

JAPAN,Saturday, 9 August 2025 – Captain (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 5th Professional Airmanship Program (PAP) in Tokyo from 6 to 8 August 2025. The programme was hosted by the Japan Ministry of Defence (JMOD) and attended by representatives from ASEAN countries. The 5th PAP falls under the Vientiane Vision 2.0, the guiding principle for Japan's defense cooperation with ASEAN. The objective of the program is to contribute to regional stability by promoting mutual confidence and building professional networks through the recognition of international law and seminars on outer-space security, including Space Domain Awareness, going beyond Air Domain Awareness.

The program commenced with a lecture by Professor Yasuaki Hashimoto, Visiting Researcher at Gakushuin University, on the International Law of Space, establishing the academic framework for subsequent discussions. This was followed by presentations from all participants on their respective countries' defense initiatives towards the utilization of outer space capabilities, and a welcoming reception hosted by Ms. Rena Hoshino, Director of the Indo-Pacific Regional Policy Division, Bureau of Defense Policy, Japan Ministry of Defense. In her remarks, Ms. Hoshino expressed her appreciation for the participation of all ASEAN representatives and their commitment to strengthening existing defense relations, particularly in enhancing multilateral airmanship among all participants.

The program itinerary included visits to key aerospace companies and military air bases. These began at the Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) Tsukuba Space Center and Astroscale Inc., where participants explored advancements in space technologies and learned about operations, including sustainability initiatives such as space debris removal programs. The itinerary continued with visits to the Japan Air Self-Defense Force (JASDF), Space Operations Group at Fuchu Air Base and Iruma Air Base, where participants were introduced to the JASDF's operational capabilities and its efforts to address emerging challenges in the space domain.

Participation in the PAP underscores the RBAirF's commitment to regional defense cooperation and knowledge exchange, in line with Brunei's support for ASEAN-Japan defense collaboration under the 'Vientiane Vision 2.0' framework. The engagement provided valuable opportunities for networking, learning best practices, and fostering closer ties with counterparts across the Indo-Pacific region.


Pegawai TUDB Hadiri Professional Airmanship Program Ke-5 di Tokyo, Jepun

JEPUN, Sabtu, 9 Ogos 2025 – Kapten (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai 5th Professional Airmanship Program (PAP) di Tokyo dari 5 Ogos hingga 9 Ogos 2025. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Jepun (JMOD) dan disertai oleh wakil-wakil dari negara-negara ASEAN. PAP kelima ini dilaksanakan di bawah 'Vientiane Vision 2.0', iaitu prinsip panduan bagi kerjasama pertahanan Jepun dengan ASEAN. Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada kestabilan serantau melalui usaha memupuk keyakinan bersama dan membina rangkaian profesional melalui pengiktirafan undang-undang antarabangsa serta seminar mengenai keselamatan angkasa lepas, termasuk Space Domain Awareness, melebihi Air Domain Awareness.

Program ini dimulakan dengan syarahan oleh Professor Yasuaki Hashimoto, Visiting Researcher at Gakushuin University, on International Law of Space, yang menjadi asas akademik kepada sesi perbincangan seterusnya. Program ini diikuti dengan pembentangan oleh semua peserta mengenai inisiatif pertahanan negara masing-masing berkaitan penggunaan keupayaan angkasa lepas, serta majlis welcoming reception yang dianjurkan oleh Ms. Rena Hoshino, Director of the Indo-Pacific Regional Policy Division, Bureau of Defense Policy, Japan Ministry of Defense. Dalam ucapannya, Ms. Hoshino menyatakan penghargaan atas penyertaan semua wakil ASEAN dan komitmen mereka dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan, khususnya dalam meningkatkan kemahiran multilateral airmanship di kalangan semua peserta.

Program ini juga merangkumi lawatan ke fasiliti-fasiliti utama aerospace dan pangkalan tentera udara. Lawatan ini dimulakan di Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Tsukuba Space Center, JAXA dan Astroscale Inc., di mana para peserta didedahkan kepada kemajuan teknologi angkasa lepas serta mempelajari operasi termasuk inisiatif kelestarian seperti program Space Debris Removal. Lawatan seterusnya diteruskan ke Japan Air Self-Defense Force (JASDF), Space Operations Group, Fuchu Air Base, dan Iruma Air Base, di mana para peserta diperkenalkan dengan keupayaan operasi JASDF serta inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan untuk menangani cabaran baru dalam space domain.

Penyertaan dalam PAP menzahirkan komitmen TUDB terhadap kerjasama pertahanan serantau dan perkongsian ilmu, selaras dengan sokongan Brunei terhadap kerjasama pertahanan ASEAN-Jepun di bawah rangka kerja 'Vientiane Vision 2.0'. Penyertaan ini juga memberi peluang berharga untuk membina rangkaian hubungan, mempelajari amalan terbaik, dan mengeratkan lagi hubungan dengan rakan sejawat di seluruh rantau Indo-Pasifik.