Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

01 OFFICER AND 06 OTHER RANKS FROM RBAirF DEPART FOR FORCE INTEGRATION TRAINING (FIT) IN MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) VILLAGE, PORT DICKSON, MALAYSIA

RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 09 August 2025 – A total of one officer and six other ranks from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) departed to Subang Air Base, Malaysia, to participate in the Force Integration Training (FIT) for the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) with the Malaysian Armed Forces under the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13.

The FIT, conducted jointly with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Malaysian Armed Forces, will take place at MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, from 11 August until 28 September 2025. The training aims to enhance interoperability, operational readiness, and cohesion between contingents prior to deployment in support of UNIFIL's mandate in maintaining peace and security in Southern Lebanon.

Participation in this training reflects the RBAirF's commitment to international peacekeeping efforts and close cooperation with regional partners, particularly the Malaysian Armed Forces, in contributing to global stability and security.


SEORANG PEGAWAI DAN ENAM ANGGOTA LAIN-LAIN PERINGKAT TUDB BERLEPAS BAGI MENGHADIRI FORCE INTEGRATION TRAINING (FIT) DI PERKAMPUNGAN MALAYSIAN BATTALION (MALBATT), PORT DICKSON, MALAYSIA.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 09 Ogos 2025 – Seorang pegawai dan enam anggota lain-lain pangkat daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berlepas ke Pangkalan Udara Subang, Malaysia bagi menyertai Latihan Penyesuaian (Force Integration Training – FIT) United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bersama Angkatan Tentera Malaysia di bawah Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13.

Latihan FIT yang dilaksanakan bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Tentera Malaysia ini akan berlangsung di Perkampungan MALBATT, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia bermula 11 Ogos hingga 28 September 2025. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan interoperabiliti, kesiagaan operasi dan kesepaduan antara kontinjen sebelum penugasan bagi menyokong mandat UNIFIL dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan di Selatan Lubnan.

Penyertaan TUDB dalam latihan ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap usaha keamanan sejagat dan kerjasama erat dengan rakan serantau, khususnya Angkatan Tentera Malaysia, dalam menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan global.